Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Memaparkan catatan dengan label Shaklee ESP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee ESP. Papar semua catatan

Rabu, 26 November 2014

Diabetes boleh membawa komplikasi serta masalah pada kesihatan jantung

Isnin, 13 Oktober 2014

Shaklee ESP dan Performance Drink Set membekalkan ketahanan tenaga berkekalan bagi ahli sukan untuk peningkatan prestasi tinggi

Sekarang ni saya tengok makin ramai yang gemar bersukan tak kiralah samada marathon, berjogging, bersenam di gym, ber"Zumba", berbasikal dan sebagainya. Tahniah kerana menjalankan kehidupan yang sihat kerana badan kita memang perlu berpeluh untuk kesihatan badan dan kekuatan jantung serta membakar kalori lemak berlebihan serta berpeluh untuk mengeluarkan toksin dari badan. Bila kita kerap bersenam, badan dan otak akan terasa lebih kuat, segar dan kita lebih fokus. Ahli sukan atau orang yang gemar bersukan perlu memerlukan tenaga sebelum, semasa dan selepas bersenam atau bersukan. Dengan itu, diet atau faktor pemakanan juga memainkan peranan mengikut keperluan tenaga seseorang semasa bersukan/bersenam. 


 
Banyak minuman sukan di pasaran yang menjanjikan peningkatan ketahanan badan. Minuman-minuman iin membekalkan kadar karbohidrat, air dan elektrolit yang baik. Semasa bersukan badan kita banyak mengeluarkan peluh dan sekiranya tidak diganti akan menganggu prestasi. Kapasiti otot juga berkurangan menyebabkan prestasi terganggu. Minuman sukan bertindak sebagai pemangkin tenaga. Ketidakseimbangan elektrolit sering berlaku semasa bersenam akibat kehilangan peluh yang sangat banyak. Elektrolit sepeti potassium, choloride, sodium, phosphate, magnesium dan kalsium biasanya terkandung dalam minuman sukan bagi mengelakkan dehydration berlaku di kalangan ahli sukan. Dehydration akan menyebabkan heat stroke dan seseorang boleh pitam.

Nutrisi penting yang diperlukan oleh setiap ahli sukan: 

 KARBOHIDRAT Karbohidrat adalah nutrisi pertama yang memberi tenaga pada badan. Ahli sukan atau orang kuat bersenam perlu mengira jumlah karbohidrat yang diambil seharian bergantung pada kekuatan dan jangka waktu bersukan atau senaman. Bagi sukan/senaman yang berjangka masa pendek, hanya gylcogen (satu bentuk karbohidrat) yang tersimpan dalam badan akan digunakan manakala senaman yang berpanjangan memerlukan sumber karbohidrat yang berterusan. 

PROTEIN: Seperti yang saya share, protein merupakan asas pembinaan badan dengan itu amat penting bagi ahli sukan selain daripada membina imuniti badan dan meningkatkan stamina badan bagi mengekalkan tenaga dan kekuatan semasa beraktiviti pada jangka masa yang lama. Oleh itu, adalah perlu untuk membina stamina optimum dengan membekalkan badan dengan protein yang mencukupi pada setiap masa. 30-35% dari jumlah kalori harus datang dari sumber protein.

LEMAK Lemak juga diperlukan badan bagi pengaliran yang baik untuk tulang. Lemak membantu dalam menyerap dan membawa vitamin yang larut lemak. Vitamin D yang diperlukan untuk menguatkan tulang juga memerlukan lemak bagi penyerapan. Jumlah yang diperlukan adalah 25-30% dari jumlah kalori. Pilih saturated fats daripada trans fat yang lebih merbahaya pada badan kerana ianya memberi stress oksida pada badan yang menyebabkan kemusnahan sel dan merendahkan tahap imuniti badan. Contoh trans fat adalah makanan bergoreng dan makanan ringan. 

VITAMINS Vitamins memainkan peranan penting. Ia membantu mengekalkan integriti sel dan melawan stres oksida dalam badan dengan membunuh radikal bebas. 

AIR & BENDALIR Setiap ahli sukan perlu menitik beratkan penghidratan badan seperti nutrisi lain. Air & Bendalir meningkatkan fungsi seorang ahli sukan. Memandangkan protein menghasilkan pengkumuhan peluh,adalah perlu untuk memastikan badan dibekalkan dengan air dan bendalir yang mencukupi. 

Shaklee supplements set membekalkan kesemua nutrisi yang  diperlukan untuk kekuatan dan ketahanan badan. Malah ianya meningkatkan tenaga serta memberi tenaga berpanjangan sebelum dan semasa bersenam serta mengembalikan semula tenaga selepas bersenam. Ianya diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna dan gula tambahan. Sememang sihat. Set Shaklee berkesan kerana terdapat kajian klinikal dibuat dan digunakan oleh atlit-atlit terkenal di peringkat Olimpik!



Dapatkan set Shaklee ESP dan Performance Drink anda sekarang. Kini terdapat harga promosi bagi ESP pada bulan Oktober jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba.Hubungi saya sekarang.

Asma
012-2955360

Jumaat, 10 Oktober 2014

Shaklee Breastfeeding Set Membantu membanyakkan susu selepas kelahiran

Nak share testimoni cousin i baru je deliver her first baby. Masa dia hamil ada message i bertanyakan set Shaklee untuk susu badan. Dia kata nak be prepared sebab untuk first baby ni nak breastfeed and nak pastikan ada susu badan. Maklumlah tiada pengalaman lagi. Macam saya dulu juga. Bukan senang sebenarnya untuk semua ibu untuk menyusu badan ni. Macam-macam dugaan. Dulu first time pon susu sikit sangat sampai risau baby tak cukup minum. Dah menangis i sedih. But dengan tunjuk ajar, teknik dan pemakanan yang betul serta sokongan moral keluarga alhamdullilah walaupun pada mulannya saya hampir give up. Second baby tiada masalah bagi saya untuk menyusu badan. Bila lahirnya anak ketiga saya yakin masih boleh menyusu badan lagi. Tapi memandangkan baby terus kena masuk incubator dan berpuasa tak dapatlah saya menyusu betul-betul. Doctor suruh pam tapi susu sangat sikit. May be sebab penat, stress dan no stimulation dari baby sendiri. Time nilah seorang nurse yang simpati dengan saya cadangkan set Shaklee untuk banyakkan susu badan. Alhamdullilah berkesan lalu saya teruskan. Banyak juga benefitsnya pada kesihatan dan kecantikan badan.

Ok berbalik pada kisah cousin saya tu, dia tak minum Shaklee ESP lagi waktu dia hamil last trimester sebab katanya dia tak biasa lagi dengan rasa soya tu. Shaklee ESP memang bukan rasa manis macam air soya biasa kita minum tu. Yang kita minum tu bukan rasa pure sebab dah ditambah banyak gula. Tapi saya suka ESP ni sedap.Mungkin sebab saya pon dah biasa minum soya tak bergula masa kat korea dulu. Tapi boleh je campur ESP ni dengan minuman lain seperti Ribena, sunquick etc asal jangan air didih, air kopi atau teh. OK berbalik semula pada cousin i hihihi... Dia kata mula-mula memang susu badan sikit bila dah selamat lahirkan baby. And baby pulak tak pandai nak direct feeding lagi sampai luka puting. So terpaksa pam susu badan and bagi botol.Tambah pula baby kena jaundis. So cousin i pon tekad nak banyakkan susu paksa gak diri minum ESP semula untuk baby. ALHAMDULLILLAH kata dia memang susu banyak keluar.

Haaa itulah ceritanya. SHAKLEE ESP ni memang membantu. Even clients i terdulu dan current pon yang menyusu badan and ada yang anak twins semua amalkan Shaklee ESP ni. Berkesan. Sekali repeat order mesto beli 2 canisters.

Mari cuba Shaklee ESP and grab October promo. Suami-suami patut beli ni sebagai hadiah untuk isteri dan bayi.

Hubungi saya di 0122955360.

Selasa, 7 Oktober 2014

Shaklee Energising Soy Protein membantu berkesan mengatasi masalah kulit berjerawat dan berjeragat untuk kelihatan lebih cantik dan cerah

Shaklee Energising Soy Protein atau lebih popular dikenali sebagai ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

ESP diperbuat daripada kacang soya bukan GMO ( Genetically Modified Organism) dengan kandungan 14g protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan yang baik untuk kesihatan jantung.

Protein soya yang mengandungi asid amino penting ini membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

Protein soya juga mempunyai paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal yang sesuai bagi pesakit diabetik.

Protein soya juga membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Bagaimana ESP membantu dalam kecantikan kulit?

Protein terdiri daripada asid amino. Apabila kita memakan protein, sistem penghadaman badan akan memecahkan protein tersebut kepada asid amino yang kemudiannya akan melalui darah dan dibawa keseluruhan badan. Sel badan akan memilih asid amino yang diperlukan untuk pembinaan sel tisu badan baru, antibodi, hormon, enzim dan sel darah.

Terdapat 22 jenis asid amino, setiap dengan karakter tersendiri. Terdapat 8 asid amino penting. Tanpa 8 asid amino ini, badan kita tidak berupaya untuk membina protein.Protein bukan saja satu bahan tetapi terdapat ribuan jenis bahan yang mempunyai fungsi tersendiri. Asid amino penting ini mesti diada dalam pemakanan seharian kita kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya.

Protein lengkap yang mengandungi kesemua asid amino penting datang daripada sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu, keju dan soya. Kekacgang dan legum mengandungi hanya sebahagian asid amino penting.

Protein adalah perlu bagi merawat tisu yang lama, rosak atau mati bagi membina tisu baru.
  • sel darah putih berganti setiap 10 hari 
  • sel dalam saluran gasrtrointestinal dan platlet darah bertukar ganti setiap 4 hari
  • Sel kulit bertukar ganti setiap 24 hari
  • Lebih 89% molekul badan bertukar ganti setiap tahun
Kulit, rambut, kuku, otot dan mata semua diperbuat dari protein. Begitu juga sel yang membina hati, jantung, buah pinggang, paru-paru, saraf, otak dan kelenjar. Bahagian badan yang paling aktif menggunakan protein adalah hormon-hormon yang dikeluarkan dari pelbagai kelenjar seperti - thyroxin dari kelenjar tiroid, insulin dari pankreas dan pelbagai hormon lain dari kelenjar pituari - termasuklah juga tisu lembut, organ penting serta otot. Kesemua ini memerlukan simpanan yang kaya dengan protein.

Kini anda tahu kepentingan protein pada badan, maka sebab itu lah mengapa Shaklee ESP berkesan dalam membantu pembaharuan sel kulit bagi menampilkan kulit yang lebih cantik, sihat dan cerah. Terdapat pelbagai kombinasi supplement vitamin Shaklee bagi menangani pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, jeragat, ketuat, kulit sensitif, berminyak , kering atau ekzema.  Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian. Grab cepat sebab October ada promosi ESP untuk anda lebih berjimat.

ASMA
sms/whatsapp 0122955360





Selasa, 30 September 2014

Promosi Oktober Shaklee ESP: produk paling laris dan hot Shaklee untuk semua orang

Shaklee ESP promotion kembali lagi tahun ini!!!! Baru awal tahun ada promosi ESP ni laku macam pisang goreng panas; bertong-tong orang borong.

Produk paling laris & famous Shaklee. Memang banyak benefit berkesan pula tu.ESP beri kebaikan pada semua orang semua peringkat umur.

Retail price = RM150 
Promosi October : RM121 per canister with Free delivery. Buy 6 FREE 1 PLUS FREE lifetime Shaklee membership. Tak cukup bajet beli 6, tapi nak beli satu canister dengan harga lagi murah? Boleh saja dengan register sebagai ahli Shaklee dengan saya.PM saya sekarang. 

Sila rujuk archive webpage ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai kebaikan dan manfaat ESP pada anda. 

Promosi Mealshake Buy 3 Free 1 pon masih berjalan ye sepanjang Oktober. Jangan lupa supplement untuk anak-anak kita. Sambil membeli sambil beramal.


Asma 012-2955360

Rabu, 9 Julai 2014

Tips berpuasa pada bulan Ramadhan dengan Shaklee: Kekal sihat bertenaga berpanjangan dan bendalir dalam badan

Berpuasa adalah salah satu amalan yang terbaik untuk detoks badan dan ianya dapat membantu dalam rawatan sesuatu penyakit.Seelok-eloknya kita amalkan berpuasa setiap bulan untuk membuang toksin-toksin dalam badan. Berpuasa banyak cabarannya terutamanya menahan kehausan semasa cuaca panas terik, badan terasa lemah tidak bermaya, badan kurang susu badan bagi ibu yang masih menyusu badan serta sakit gastrik bagi sesetengah yang berpuasa. Biarpun berlapar dahaga hampir 14 jam dalam sehari selama sebulan di bulan Ramadan, tidak menjadi penghalang untuk kita menjaga kesihatan dan kekal cergas sepanjang masa. Pada sebelah siangnya berpuasa, pada malamnya pula mampu melaksanakan ibadah dengan cergas tanpa rasa kepenatan. Oleh itu, diet sepanjang Ramadan tidak boleh dipandang remeh agar tidak memusnahkan manfaat puasa kepada kesihatan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “berpuasalah, nescaya kamu menjadi sihat.” Panduan diet yang sihat perlu diikuti agar kita tidak kecundang dalam beribadah dan menjaga kesihatan, sebelum berakhirnya Ramadan. 

Antaranya ialah:

Berbuka puasa dengan kurma Berusaha untuk berbuka puasa dengan kurma. Kurma mengandungi 50 peratus fruktosa dan glukosa yang mudah dicerna serta berkalori tinggi. Keadaan fizikal tubuh yang lemah tanpa makanan sepanjang hari memerlukan kepada tenaga segera. Oleh itu, kurma adalah makanan terbaik sebagai ‘booster’ untuk memberikan tenaga dan kecergasan kepada tubuh badan dengan cepat. Di samping itu, kurma kaya dengan fiber yang mampu menghalang penyerapan kolesterol (LDL) dalam badan. Di dalam kurma juga mengandungi zat besi yang baik untuk kompenen haemoglobin dalam sel darah merah. Potassium, kalsium, magnesium, vitamin A dan zat lain yang terkandung dalam sebiji kurma juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad bahawa “Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan rutob (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air.” Tidak hairanlah, kurma menjadi salah satu makanan terbaik bagi memulakan hidangan semasa berbuka puasa. Walaupun, kurma banyak ditanam di Negara-negara Arab, namun ia bukanlah penghalang untuk kita yang berada jauh dari tempat tersebut mendapatkan kurma. Kini, pelbagai jenis kurma mudah diperolehi di mana-mana sahaja.

Hidrat badan dengan air Minum air kosong termasuklah air zam-zam dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi pada malam hari sehingga waktu sahur. Air yang mencukupi akan memberi kesegaran kepada tubuh badan yang kekurangan air sepanjang hari. Walau bagaimanapun, perlu dielakkan mengambil minuman manis. Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada mengambil minuman manis? Ini kerana, apa yang terhidang di hadapan mata kita selalunya sedap dan menyegarkan lebih-lebih lagi air selalunya dijual di bazaar Ramadan dengan pelbagai jenis, perisa dan warna. Salah satu cara untuk mengelakkan kita mengambil minuman manis yang tinggi kandungan gula adalah dengan menggantikannya dengan jus buah-buahan yang segar. Seelok-eloknya buah tersebut dikisar supaya fiber yang terkandung didalamnya tidak hilang. Jus buah-buahan tetap mempunyai rasa manis dan memberi kesegaran di samping itu, tinggi kandungan vitamin dan fiber yang amat bermanfaat untuk tubuh kita. Sememangnya, kita mempunyai keinginan terhadap air manis untuk menghilangkan dahaga setelah sepanjang hari berpuasa, jus buah-buahan mampu memberikan kebaikan tersebut. Di samping itu meminumnya secara berbuka akan menyebabkan perut lebih cepat kenyang. Secara tidak langsung, kita cenderung untuk makan sedikit. Penyediaan jus buah-buahan yang sihat tidak memerlukan kepada tambahan gula, cukup sekadar dengan rasa manis asli yang terdapat dalam buah dan sekiranya memerlukan rasa manis boleh ditambah sedikit madu kedalamnya. Atau pun dengan cara mencampurkan buah-buahan segar dengan susu rendah lemak dan yogurt. Campuran ini juga boleh diamalkan semasa sahur untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Walau apapun, badan kita kekurangan air semasa berpuasa, justeru kekurangan ini perlu ditambah secukupnya untuk memelihara keseimbangan sistem badan dan memberi kesegaran yang berpanjangan. Bagi memastikan penghidratan badan dan tenaga berpanjangan ketika berpuasa siang hari, bancuh Shaklee Performance Drink dengan Shaklee Energising Soy Protein/Cinch atau dengan Shaklee Mealshake dan minum selepas berbuka dan semasa bersahur.

Ambil makanan cepat hadam Semasa berbuka puasa, seelok-eloknya mengambil makanan yang cepat dihadam seperti jus buah, sup, bubur (contohnya bubur lambuk) sebagai pemula. Ini kerana badan memerlukan sumber tenaga yang baharu bagi menggantikan tenaga yang kehabisan. Digalakkan agar kita mengambil makanan yang ringan terlebih dahulu untuk mengelakkan sistem pencernaan terjejas. Tunaikan solat maghrib, barulah mengambil makanan yang berat. Sikap ini patut diamalkan untuk mengelakkan diri daripada berlebihan mengambil makanan kerana perut terasa sedikit penuh berbanding sewaktu mula-mula berbuka. Ini kerana, otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang. Sekiranya terus mengambil makanan yang berat semasa tengah lapar, kita cenderung mengambilnya dengan lebih banyak kerana belum merasa kenyang serta mengikut runtunan nafsu dan selera. Kesannya, perut menjadi sebu, kekenyangan terlampau dan secara tidak langsung, kita telah mengambil lebih banyak kalori berbanding keperluan sebenar. Akhirnya, tanpa disedari, berat badan makin bertambah manakala tekanan darah, gula dan kolestrol juga tidak dapat dikurangkan. Yang diperolehi hanyalah keletihan kerana kekenyangan dan kemalasan untuk beribadah. 

Sahur jangan ditinggalkan Amalan bersahur amat dituntut kerana pada waktu tersebut terdapat keberkatannya. Jika dilakukan, ia merupakan ibadat yang diganjari pahala dan terdapat faedahnya menurut perspektif sains. Dalam tempoh 24 jam, makanan yang paling penting adalah sarapan pagi. Individu yang tidak bersarapan pagi lebih terdedah kepada penyakit obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Maka, sahur mengambil tempat sebagai sarapan pagi ketika dalam bulan Ramadan. Sekiranya tiada sebarang makanan diambil selama 14 jam selepas itu, tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan manusia. Sahur juga dapat memastikan tubuh badan cergas dan bertenaga sepanjang hari dalam bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, perlu dilihat juga jenis makanan yang diambil. Kita disarankan agar mengambil makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan seperti makanan yang tinggi karbohidrat kompleks iaitu bijirin, roti wholemeal, capati, oat dan banyak lagi. Namun begitu, makanan yang berlemak, bergoreng dan makanan segera seharusnya dielakkan. Selain tidak menyumbang kepada kecergasan tubuh badan, makanan tersebut menyebabkan kita cepat lapar dan menimbunkan masalah lemak dan kolesterol yang sedia ada dalam tubuh badan. Manakala makanan tinggi karbohidrat kompleks pula akan membuatkan perut terasa penuh dan kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kita sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang hari sehingga waktu berbuka. Oleh itu, untuk mengekalkan kecergasan sepanjang bulan Ramadan, bukan sekadar jenis makanan yang patut dititikberatkan. Malah kuantiti dan masa makan juga perlu diambil kira. Ramadan mengajar kita berdisiplin tentang masa makan. Justeru, apabila perut kita dijadualkan untuk makan pada masa-masa tertentu, menyebabkan sistem penghadaman lebih bersedia dan akan mengurangkan masalah-masalah kesihatan berkaitan dengan perut. Jangan lupa bersahur dengan Shaklee Performance Drink dan Shaklee ESP/Cinch serta mengambil Shaklee Vita-Lea atau Mealshake.

Sekiranya kita mengambil berat dengan jenis, mutu dan jumlah makanan yang diambil serta pada masa yang sesuai, Ramadan yang dilalui akan memberikan kita manfaat kesihatan yang tidak ternilai. Nilai kesihatan ini adalah sebagai satu anugerah Ramadhan yang menjadi titik tolak kepada tahap kecergasan pada bulan-bulan yang seterusnya.


Nak dapatkan Set Shaklee untuk Berpuasa sila hubungi saya sekarang.

Asma
012-2955360

Sumber dan Rujukan: The Star, Kekal Sihat Sepanjang Ramadhan

Jumaat, 13 Jun 2014

Kekal bertenaga dan hidrasi badan semasa berpuasa di musim panas terik ini dengan Shaklee ESP dan Performance.

Rabu, 9 April 2014

Set OmegaGuard dan Alfalfa Shaklee

Set ni sesuai untuk bantu gout,arthritis, allergy,eczema,hi cholesterol,detox,slimming dan juga ibu yang menyusu badan.
Jadi hubungi saya sekarang di 0122955360 sementara stok masih ada.

Ahad, 30 Mac 2014

Beli Shaklee ESP dan Alfalfa besar FREE Shaklee Shaker

Alhamdullilah..baby girl saya kini berumur genap 1 tahun hari ni. Saya mula Shaklee experience masa bersalinkan baby Aisyah pada Mac 2013. Masa tu baby dalam incubator so i tak boleh nak menyusu badan direct dengan baby. Nurse kat situ lah yang introduce i dengan Shaklee vitamins set ni untuk i banyakkan susu badan. Alhamdullilah banyak membantu and that is why i maintain consume Shaklee vitamins because rasa perubahan baik pada badan.
So sempena ulangtahun baby i yang setahun ini saya nak bagi FREE Shaklee Shaker bernilai RM10 kepada pembeli Shaklee set yang sekurang-kurangnya membeli ESP dan Alfalfa botol besar. Dapatkan FREE Shaklee Shaker dari saya sementara stok masih ada.Limited for few customers saja. Hubungi saya di 0122955360 sekarang.

Khamis, 13 Mac 2014

Promosi Shaklee ESP hanya pada bulan Mac

Tinggal 2 minggu je lagi untuk enjoy promosi Shaklee ESP. Harga retail biasa RM150.Dengan promosi bulan ini,jika anda beli 6 canister esp anda akan dapat free 1 canister esp lagi.

Automatically anda dapat free membership
Shaklee dan cash rebate sebanyak rm36.
Bila dah jadi ahli shaklee anda boleh nikmati harga barangan Shaklee pada harga member yang lebih murah.

Tambahan lagi bila anda kumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian Shaklee, anda berkelayakan untuk menerima cash bonus setiap bulan mengikut mata yang terkumpul.
Lagi banyak mata terkumpul lagi tinggi peratusan cash bonus.

Dan jika anda aktif dalam jualan dan introduce lebih ramai ahli baru anda mampu meningkatkan mata ganjaran anda untuk melayakkan anda menikmati faedah-faedah lain seperti car bonus. Ramai usahawan shaklee yang berjaya.
Lagipon Shaklee telah lebih 50 tahun berada di pasaran dan kualitinya diyakini ramai pengguna dan terjamin.
Shaklee mampu membantu anda menjadi usahawan berjaya dan meningkatkan taraf hidup anda. Shaklee adalah jenama produk kesihatan yang terkenal.

Jika tak dapat nak kumpul 6 orang untuk beli jangan  risau; anda masih boleh beli 1 canister je.
Caranya hubungi saya di 0122955360.
Stok sedia ada.
Tanyakan saya promo ESP Mac mesti anda happy.
Jimat sesangat.


Selasa, 4 Mac 2014

Top Seller: Shaklee Energising Soy Protein

Shaklee Energising Soy Protein adalah berasaskan tumbuhan dan diperbuat daripada protein soya bukan GMO. ESP tidak mengandungi lemak tepu, tiada kolesterol, tiada laktosa, rendah kalori dan merupakan sumber baik kalsium dan zat besi. ESP mempunyai protein lengkap dengan semua 9 asid amino penting yang diperlukan badan.ESP sesuai diambil dewasa dan remaja dengan hanya 3 sudubesar yang dibancuh air suam atau air kegemaran setiap hari. Namun ESP bukanlah bertujuan diminum sebagai pengganti makanan untuk tujuan pengurangan beratbadan. Apabila ESP diminum rata-rata pengguna akan rasa lebih kenyang dan secara tidak langsung kurang memakan berat dan dapat membantu proses pengurangan atau kawalan berat badan.ESP boleh menggantikan sumber makanan protein yang tinggi kandungan lemak tepu dan kolesterol dan dengan itu menggalakkan pengguna memastikan diet yang sihat untuk jantung. Sumber makan berasaskan protein binatang seperti daging,telur dan produk susu mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi.ESP menpunyai kadar glycemic yang rendah dan dengan itu sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kadar gula tinggi dalam darah.Bagi mereka yang mengambil kurang protein dalam diet seharian seperti orang tua, sakit atau vegan/vegetarian, ESP dapat membantu dalam pengambilan protein dan kalsium yang mencukupi. Tambahan lagi ESP mengandungi isoflavones terutamanya genistein dan daidzein yang merupakan phytoestrogens yang berkait dengan kebolehan soya untuk memastikan keseimbangan hormon dan memberi kesihatan baik dalam jangka masa panjang.Sesetengah soya dibasuh dengan alkohol yang memusnahkan isoflavones.Akan tetapi Shaklee ESP dibasuh dengan air bagi mengekalkan isoflavones yang tidak boleh didapati dari protein haiwan.

Bagi diet yang sihat, ESP bantu:
- membina otot,kulit dan hormon
- memberi tenaga dan stamina berpanjangan dan mengelak berasa lapar
- sokong sistem imun badan
- mengawal kadar kolesterol pada tahap normal
- bantu kesihatan jantung dan prostat
- mengandungi isoflavones soya, yang membantu mengurangkan hot flushes and membantu kesihatan buah dada
- pencegahan kanser

Sekiranya anda berminat dan ingin merasai kebaikan Shaklee ESP sila hubungi saya melalui sms/whatsapp 0122955360. Saya sedia menjawab persoalan anda seboleh mungkin dan saya akan share experience saya mengambil ESP.Harga ESP yang bermutu tinggi adalah RM150.