Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Memaparkan catatan dengan label shaklee energising soy protein. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shaklee energising soy protein. Papar semua catatan

Isnin, 27 Oktober 2014

Shaklee ESP dengan paras glisemik indeks yang rendah membekalkan tenaga berpanjangan dan membantu mengekalkan paras gula yang sihat dalam darah bagi penyakit diabetes.

Shaklee Energising Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP diperbuat daripada kacang soya bukan GMO. Ia merupakan sumber protein biologi lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi RENDAH LEMAK, BEBAS KOLESTEROL dan KAYA DENGAN ASID AMINO PENTING. Ianya terbukti secara klinikal dapat MEMBEKALKAN TENAGA BERJAM-JAM LAMANYA.


ESP mempunyai paras glisemik indeks yang rendah  ( iaitu kurang daripada 55 ) dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal. Indeks glisemik bagi peringkat karbohirat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Dengan ciri inilah Shaklee ESP sesuai bagi mereka yang berdiet dengan membekalkan tenaga  yang diperlukan tanpa perlu berlapar atau mengikat perut, sesuai bagi pesakit atau mereka yang mempunyai simtom kencing manis/diabetes. Sesuai juga minum ESP bagi mereka yang sibuk seharian dan sentiasa on the go. Bancuh ESP dengan air suam atau air kegemaran anda untuk terus dinikmati.

Promo ESP berakhir Oktober ini. Rebut stock yang ada.

Hubungi saya sekarang.

Asma
0122955360

Isnin, 13 Oktober 2014

Shaklee ESP dan Performance Drink Set membekalkan ketahanan tenaga berkekalan bagi ahli sukan untuk peningkatan prestasi tinggi

Sekarang ni saya tengok makin ramai yang gemar bersukan tak kiralah samada marathon, berjogging, bersenam di gym, ber"Zumba", berbasikal dan sebagainya. Tahniah kerana menjalankan kehidupan yang sihat kerana badan kita memang perlu berpeluh untuk kesihatan badan dan kekuatan jantung serta membakar kalori lemak berlebihan serta berpeluh untuk mengeluarkan toksin dari badan. Bila kita kerap bersenam, badan dan otak akan terasa lebih kuat, segar dan kita lebih fokus. Ahli sukan atau orang yang gemar bersukan perlu memerlukan tenaga sebelum, semasa dan selepas bersenam atau bersukan. Dengan itu, diet atau faktor pemakanan juga memainkan peranan mengikut keperluan tenaga seseorang semasa bersukan/bersenam. 


 
Banyak minuman sukan di pasaran yang menjanjikan peningkatan ketahanan badan. Minuman-minuman iin membekalkan kadar karbohidrat, air dan elektrolit yang baik. Semasa bersukan badan kita banyak mengeluarkan peluh dan sekiranya tidak diganti akan menganggu prestasi. Kapasiti otot juga berkurangan menyebabkan prestasi terganggu. Minuman sukan bertindak sebagai pemangkin tenaga. Ketidakseimbangan elektrolit sering berlaku semasa bersenam akibat kehilangan peluh yang sangat banyak. Elektrolit sepeti potassium, choloride, sodium, phosphate, magnesium dan kalsium biasanya terkandung dalam minuman sukan bagi mengelakkan dehydration berlaku di kalangan ahli sukan. Dehydration akan menyebabkan heat stroke dan seseorang boleh pitam.

Nutrisi penting yang diperlukan oleh setiap ahli sukan: 

 KARBOHIDRAT Karbohidrat adalah nutrisi pertama yang memberi tenaga pada badan. Ahli sukan atau orang kuat bersenam perlu mengira jumlah karbohidrat yang diambil seharian bergantung pada kekuatan dan jangka waktu bersukan atau senaman. Bagi sukan/senaman yang berjangka masa pendek, hanya gylcogen (satu bentuk karbohidrat) yang tersimpan dalam badan akan digunakan manakala senaman yang berpanjangan memerlukan sumber karbohidrat yang berterusan. 

PROTEIN: Seperti yang saya share, protein merupakan asas pembinaan badan dengan itu amat penting bagi ahli sukan selain daripada membina imuniti badan dan meningkatkan stamina badan bagi mengekalkan tenaga dan kekuatan semasa beraktiviti pada jangka masa yang lama. Oleh itu, adalah perlu untuk membina stamina optimum dengan membekalkan badan dengan protein yang mencukupi pada setiap masa. 30-35% dari jumlah kalori harus datang dari sumber protein.

LEMAK Lemak juga diperlukan badan bagi pengaliran yang baik untuk tulang. Lemak membantu dalam menyerap dan membawa vitamin yang larut lemak. Vitamin D yang diperlukan untuk menguatkan tulang juga memerlukan lemak bagi penyerapan. Jumlah yang diperlukan adalah 25-30% dari jumlah kalori. Pilih saturated fats daripada trans fat yang lebih merbahaya pada badan kerana ianya memberi stress oksida pada badan yang menyebabkan kemusnahan sel dan merendahkan tahap imuniti badan. Contoh trans fat adalah makanan bergoreng dan makanan ringan. 

VITAMINS Vitamins memainkan peranan penting. Ia membantu mengekalkan integriti sel dan melawan stres oksida dalam badan dengan membunuh radikal bebas. 

AIR & BENDALIR Setiap ahli sukan perlu menitik beratkan penghidratan badan seperti nutrisi lain. Air & Bendalir meningkatkan fungsi seorang ahli sukan. Memandangkan protein menghasilkan pengkumuhan peluh,adalah perlu untuk memastikan badan dibekalkan dengan air dan bendalir yang mencukupi. 

Shaklee supplements set membekalkan kesemua nutrisi yang  diperlukan untuk kekuatan dan ketahanan badan. Malah ianya meningkatkan tenaga serta memberi tenaga berpanjangan sebelum dan semasa bersenam serta mengembalikan semula tenaga selepas bersenam. Ianya diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna dan gula tambahan. Sememang sihat. Set Shaklee berkesan kerana terdapat kajian klinikal dibuat dan digunakan oleh atlit-atlit terkenal di peringkat Olimpik!



Dapatkan set Shaklee ESP dan Performance Drink anda sekarang. Kini terdapat harga promosi bagi ESP pada bulan Oktober jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba.Hubungi saya sekarang.

Asma
012-2955360

Jumaat, 10 Oktober 2014

Shaklee Breastfeeding Set Membantu membanyakkan susu selepas kelahiran

Nak share testimoni cousin i baru je deliver her first baby. Masa dia hamil ada message i bertanyakan set Shaklee untuk susu badan. Dia kata nak be prepared sebab untuk first baby ni nak breastfeed and nak pastikan ada susu badan. Maklumlah tiada pengalaman lagi. Macam saya dulu juga. Bukan senang sebenarnya untuk semua ibu untuk menyusu badan ni. Macam-macam dugaan. Dulu first time pon susu sikit sangat sampai risau baby tak cukup minum. Dah menangis i sedih. But dengan tunjuk ajar, teknik dan pemakanan yang betul serta sokongan moral keluarga alhamdullilah walaupun pada mulannya saya hampir give up. Second baby tiada masalah bagi saya untuk menyusu badan. Bila lahirnya anak ketiga saya yakin masih boleh menyusu badan lagi. Tapi memandangkan baby terus kena masuk incubator dan berpuasa tak dapatlah saya menyusu betul-betul. Doctor suruh pam tapi susu sangat sikit. May be sebab penat, stress dan no stimulation dari baby sendiri. Time nilah seorang nurse yang simpati dengan saya cadangkan set Shaklee untuk banyakkan susu badan. Alhamdullilah berkesan lalu saya teruskan. Banyak juga benefitsnya pada kesihatan dan kecantikan badan.

Ok berbalik pada kisah cousin saya tu, dia tak minum Shaklee ESP lagi waktu dia hamil last trimester sebab katanya dia tak biasa lagi dengan rasa soya tu. Shaklee ESP memang bukan rasa manis macam air soya biasa kita minum tu. Yang kita minum tu bukan rasa pure sebab dah ditambah banyak gula. Tapi saya suka ESP ni sedap.Mungkin sebab saya pon dah biasa minum soya tak bergula masa kat korea dulu. Tapi boleh je campur ESP ni dengan minuman lain seperti Ribena, sunquick etc asal jangan air didih, air kopi atau teh. OK berbalik semula pada cousin i hihihi... Dia kata mula-mula memang susu badan sikit bila dah selamat lahirkan baby. And baby pulak tak pandai nak direct feeding lagi sampai luka puting. So terpaksa pam susu badan and bagi botol.Tambah pula baby kena jaundis. So cousin i pon tekad nak banyakkan susu paksa gak diri minum ESP semula untuk baby. ALHAMDULLILLAH kata dia memang susu banyak keluar.

Haaa itulah ceritanya. SHAKLEE ESP ni memang membantu. Even clients i terdulu dan current pon yang menyusu badan and ada yang anak twins semua amalkan Shaklee ESP ni. Berkesan. Sekali repeat order mesto beli 2 canisters.

Mari cuba Shaklee ESP and grab October promo. Suami-suami patut beli ni sebagai hadiah untuk isteri dan bayi.

Hubungi saya di 0122955360.

Selasa, 7 Oktober 2014

Shaklee Energising Soy Protein membantu berkesan mengatasi masalah kulit berjerawat dan berjeragat untuk kelihatan lebih cantik dan cerah

Shaklee Energising Soy Protein atau lebih popular dikenali sebagai ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

ESP diperbuat daripada kacang soya bukan GMO ( Genetically Modified Organism) dengan kandungan 14g protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan yang baik untuk kesihatan jantung.

Protein soya yang mengandungi asid amino penting ini membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

Protein soya juga mempunyai paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal yang sesuai bagi pesakit diabetik.

Protein soya juga membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Bagaimana ESP membantu dalam kecantikan kulit?

Protein terdiri daripada asid amino. Apabila kita memakan protein, sistem penghadaman badan akan memecahkan protein tersebut kepada asid amino yang kemudiannya akan melalui darah dan dibawa keseluruhan badan. Sel badan akan memilih asid amino yang diperlukan untuk pembinaan sel tisu badan baru, antibodi, hormon, enzim dan sel darah.

Terdapat 22 jenis asid amino, setiap dengan karakter tersendiri. Terdapat 8 asid amino penting. Tanpa 8 asid amino ini, badan kita tidak berupaya untuk membina protein.Protein bukan saja satu bahan tetapi terdapat ribuan jenis bahan yang mempunyai fungsi tersendiri. Asid amino penting ini mesti diada dalam pemakanan seharian kita kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya.

Protein lengkap yang mengandungi kesemua asid amino penting datang daripada sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu, keju dan soya. Kekacgang dan legum mengandungi hanya sebahagian asid amino penting.

Protein adalah perlu bagi merawat tisu yang lama, rosak atau mati bagi membina tisu baru.
  • sel darah putih berganti setiap 10 hari 
  • sel dalam saluran gasrtrointestinal dan platlet darah bertukar ganti setiap 4 hari
  • Sel kulit bertukar ganti setiap 24 hari
  • Lebih 89% molekul badan bertukar ganti setiap tahun
Kulit, rambut, kuku, otot dan mata semua diperbuat dari protein. Begitu juga sel yang membina hati, jantung, buah pinggang, paru-paru, saraf, otak dan kelenjar. Bahagian badan yang paling aktif menggunakan protein adalah hormon-hormon yang dikeluarkan dari pelbagai kelenjar seperti - thyroxin dari kelenjar tiroid, insulin dari pankreas dan pelbagai hormon lain dari kelenjar pituari - termasuklah juga tisu lembut, organ penting serta otot. Kesemua ini memerlukan simpanan yang kaya dengan protein.

Kini anda tahu kepentingan protein pada badan, maka sebab itu lah mengapa Shaklee ESP berkesan dalam membantu pembaharuan sel kulit bagi menampilkan kulit yang lebih cantik, sihat dan cerah. Terdapat pelbagai kombinasi supplement vitamin Shaklee bagi menangani pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, jeragat, ketuat, kulit sensitif, berminyak , kering atau ekzema.  Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian. Grab cepat sebab October ada promosi ESP untuk anda lebih berjimat.

ASMA
sms/whatsapp 0122955360





Jumaat, 13 Jun 2014

Kekal bertenaga dan hidrasi badan semasa berpuasa di musim panas terik ini dengan Shaklee ESP dan Performance.