Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Memaparkan catatan dengan label Shaklee Vitamin C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Vitamin C. Papar semua catatan

Selasa, 21 Oktober 2014

Shaklee Vitamin C membantu cegah sakit tekak,selsema, batuk dan demam dengan meningkatkan tahap imuniti badan

Bila musim hujan dan sejuk ni, mudah benar virus atau bakteria merebak. Maka pelbagai penyakit berjangkit mula berleluasa seperti demam, batuk, selsema,hidung berair, sakit tekak dan sebagainya. Bila adanya simptom ni memang lah saya tak gemar sangat sebab badan akan rasa tersangat lemah dan kepala pon boleh pening. Biasanya dulu selalu paling kurang telan Panadol atau pon bila dah tak tahan sangat terpaksa jugalah jumpa doktor ambil ubat. Tapi bila selsema batuk ni nak ambil ubat sirup tu lah paling tak suka sebab mengantuk. Susah nak fokus kerja atau memandu. Dulu cuba jugalah nak amalkan pemakanan vitamin C untuk tingkatkan imuniti badan. Tapi tak effektif sangat sebab masih juga senang dijangkiti kuman selsema dan batuk berkahak. Tapi semenjak mencuba Shaklee Vitamin C saya kurang dan jarang sekali mudah jatuh sakit. Alhamdullillah. Kalau terkena selsema batuk pon tak de lah berpanjangan sampai kena MC. Bila tekak mula gatal dan hidung mula berair saya cepat-cepat telan Shaklee Vitamin C setiap hari dan tingkatkan dos Vitamin C. Memang setiap hari ambil pon tapi kadang-kadang tu lupa juga. Lepas 1-2 hari makan Vitamin C tu memang rasa keberkesanannya. HILaANG RASA GATAL PADA TEKAK DAN HIDUNG BERAIR PON MENGHILANG!!!!! Kalau bertanyakan kawan-kawan saya yang mengamalkan pemakanan vitamin C Shaklee pon akan berkatakan hal yang sama. Sebab tulah mereka pon gemar restock Shaklee Vitamin C dengan saya.

Hanya dengan 1 biji sehari selepas sarapan pagi dapat membantu meningkatkan kesihatan badan anda dari demam, selsema dan batuk biasa. Harga pon murah berpatutan dengan kualitinya yang bermutu tinggi malahan diperbuat daripada bahan semulajadi 100% dan supply untuk berbulan yang tahan lama. Ada dua jenis Vitamin C iaitu: - 
  • Chewable Vita-C Plus 100 mg : sesuai bagi kanak-kanak dan dewasa, supply untuk 3 bulan
  • Sustained Release Vita-C Plus 500 mg: memberi pertahanan badan sepanjang hari di mana vitamin C dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan, supply untuk 6 bulan

Nak dapatkan sekarang sila hubungi saya.

Asma
012-2955360

Khamis, 5 Jun 2014

Kebaikan dan tips Set Kecantikan Kulit Shaklee Vita-E Complex untuk kulit yang lebih cantik, bebas jerawat dan parut

Kulit muka saya dulu memang jenis sensitif dan berminyak. Senang je nak naik jerawat yang kebiasaannya besar dan merah-kemerahan. Runsing dengan masalah kulit yang teruk, saya mendapatkan rawatan pakar kulit, ambil suntikan Vitamin C, buat rawatan facial setiap 2 minggu sekali dan menggunakan produk kecantikan kulit yang agak mahal. Memang semua cara ini membantu mengatasi masalah jerawat saya; tetapi kos maintenance kulit saya agaklah mahal.

Tetapi sejak mengamalkan Shaklee saya nampak perbezaan ketara pada kulit muka saya :
- kulit tidak lagi berminyak teruk seperti dulu
- jerawat jarang dan tidak banyak tumbuh, kebiasaannya memang tiada jerawat melainkan saya stress kerja:)
 -  pori-pori muka mengecil kalau dibandingkan dengan dulu memang jelas kelihatan pori muka besar dan kasar
- blackheads atau bintik hitam makin berkurangan
- kulit lebih licin, gebu dan lembut
- tona kulit lebih sekata dan kelihatan cerah
- parut-parut jerawat dulu makin pudar dan tidak berapa kelihatan
- garis halus atau kedut pada bahagian muka, mata dan leher makin tidak kelihatan
Saya memanglah tak secantik selebrati pujaan orang dan kulit pun tak sempurna bak porcelain, tapi saya memang gembira dan berpuas hati dengan keadaan kulit saya sekarang kalau dibandingkan masa dulu. Kini saya lebih berkeyakinan tinggi :)

Ini memang testimoni saya sendiri yang mengamalkan pemakanan vitamin supplement Shaklee : Vita-E Complex,Sustained Released Vita-C Plus dan Energising Soy Protein.



Tips saya kini saya tak lagi perlu kerap ke sesi facial, tidak bergantung sangat kepada produk kecantikan kulit seperti krim pelembap dan ubat jerawat serta alat solek! My face all au-naturale! Minum air banyak, dan ambil supplement shaklee setiap hari selepas makan. Dan saya pastikan muka dicuci bersih sebelum tidur.
Shaklee vitamins memang berkesan sebab produknya berkualiti tinggi tambahan lagi selamat dan semulajadi. Hanya perlu dimakan untuk kecantikan yang semestinya bermula dari dalam ; orang putih kata "Beauty from within"

Sempena promosi Shaklee Vita-E Complex bulan June 2014 ni, saya nak share kebaikan Vitamin E pada kulit kita:

    1) Untuk Kulit Kering: Mengekalkan kelembapan dalam kulit dengan mengelakkan kehilangan air dan membantu mengembalikan keseimbangan minyak dalam kulit
2  2) Untuk mengurangkan kedut dan garis halus: menyokong pembentukan elastin & kolagen bagi meningkatkan keanjalan kulit dan menggalakkan kulit yang lebih muda serta menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit
   3) Untuk kesan selaran matahari (sunburns) : Krim pelindung matahari yang terjual di pasaran mengandungi Vitamin E bagi melembapkan dan membantu melegakan perit yang disebabkan selaran matahari.
4)Untuk memudarkan/menghilangkan parut/bintik: membantu pembaharuan sel baru, melembutkan kulit serta memudarkan parut terutamanya bahagian muka.     
      5) Untuk mengurangkan kesan regangan kulit (stretch marks): membantu mengelakkan dan mengurangkan kesan regangan kulit bagi wanita-wanita mengandung. Elok diambil sebaik saja perut makin membesar.


Memang Vitamin E yang tinggi kandungan anti-oksidannya terkenal dengan kebaikannya pada kulit, jadi jika anda berminat nak cuba Set Kecantikan Kulit Shaklee sila hubungi saya untuk maklumat lanjut atau pembelian.

Asma
Call/SMS/Whatsapp: 012-2955360

Khamis, 15 Mei 2014

Shaklee Chewable Vitamin C mudah dikunyah dan dimakan oleh kanak-kanak dan dewasa


Kebaikan Vitamin C

Saintis dan penyelidik telah membuktikan bahawa Vitamin C amat penting bagi permbangunan asas kolagen iaitu struktur bahan untuk tulang, kulit, saluran darah dan tisu-tisu lain. Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan keradangdan gusi, kulit bersisik, hidung berdarah, sakit sendi dan lain-lain berkait dengan penyakit skurvi. Tambahan lagi ada kajian menunukkan bahawa pengambilan makanan yang diperkayai dengan Vitamin C dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Vitamin C adalah antioksida yang dapat meneutralkan molekul oksigen yang tidak stabil yang boleh merosakkan DNA.  Kajian terkini juga membuktikan Vitamin C menhalang Helicobacter pylori, sejenis bakteria yang menyebabkan kanser perut dan ulcers. Vitamin C juga menyokong kesihatan jantung dan arteri di mana satu kajian yang dilakukan pada 2003 di Children's Hospital, Boston, menunjukkan mereka yang memgambil Vitamin C yang paling tinggi memiliki risiko yang paling rendah untuk mempunyai masalah penyakit jantung.Sifat antioksida Vitamin C dapat menghalang kerosakan pada dinding arteri yang boleh menyebabkan kolesterol. Ibu-bu mengandung serta bayi perlu lebih mengambil Vitamin C. Dalam satu kajian yang dilakukan di Korea Selatan melaporkan berat kelahiran yang tinggi di kalangan bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi.Satu laporan dalam European Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa Vitamin C yang terkandung dalam susu ibu dapat mengurangkan risiko alahan dermatitis pada bayi.


 Kadar Vitamin C yang diperlukan

Adalah digalakkan untuk mengambil Vitamin C pada kadar 90 mg bagi lelaki dan 75 mg bagi wanita setiap hari. Satu kajian oleh National Institutes of Health menunjukkan bahawa badan manusia hanya mampu menyerap Vitamin C maksimum pada 400mg sehari; lebih dari itu akan dikumuhkan dari sistem badan. Pastikan untuk mendapat Vitamin C daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran atau untuk lebih mudah dan yakin akan kadar keperluan harian anda ambil supplement Shaklee yang senang dikunyah dan dimakan dengan rasa sitrus oren tanpa perasa dan pewarna tiruan serta pengawet.

Hanya RM37.50 sebotol untuk penggunaan selama 3 bulan. Murahkan bagi vitamin yang berkualiti tinggi dan berkesan? Shaklee memang mampu dibeli semua bagi memastikan kesihatan yang baik. Untuk info dan pembelian hubungi saya sekarang sementara stok masih ada. Vit C ini agak popular sebab kali terakhir stok ada kat Shaklee ofis beberapa bulan lepas habis semua stok dalam masa beberapa hari je!

Call/sms/whatsapp

ASMA
012-2955360





Rabu, 14 Mei 2014

Rawatan Resdung, Sinus, Alahan(Allergy) dan Ekzema (Eczema) dengan Set Kesihatan Shaklee secara semulajadi dan selamat

Adakah anda kerap bersin, gatal-gatal hidung, selsema, pening kepala, berdengkur bila tidur, batuk yang kerap, muka terasa sakit dan berat serta mata berair dan merah terutamanya pada waktu awal pagi, malam ? Lebih-lebih lagi simptom lebih mudah berlaku dalam keadaan persekitaran yang berhabuk atau berdebu serta muka lebih mudah ditumbuhi jerawat. Jika anda mengalami masalah ini, berkemungkinan besar anda mengalami masalah resdung/sinus atau alergi/alahan. Bagi sesetengah pesakit resdung dan alergi ini kebiasaannya akan mengalami masalah ekzema iaitu sejenis alahan kulit di mana kulit akan menjadi tompok merah-kemerahan yang gatal.

Jadi apa dia itu resdung atau sinusitis? Resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus


Kebiasaan masyarakat Malaysia akan mencuba rawatan tradisional untuk mengubati masalah resdung seperti rokok resdung yang mana ianya kononya membunuh "ulat" resdung dalam rongga hidung dengan kaedah pengewapan.Kepercayaan wujudnya parasit atau ‘ulat’ di muka yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus atau dikenali penyakit resdung adalah mitos semata-mata. Dalam bidang perubatan moden belum pernah terbukti wujud ‘ulat’ di bahagian itu.Resdung sejenis penyakit hidung disebabkan RADANG pada membran dan sinus pula adalah rongga dalam tulang muka yang diselaputi mukosa atau membran dan apabila bahagian terbabit dijangkiti virus, bakteria atau kulat itu boleh menyebabkan berlaku radang. Jangan diambil remeh akan masalah resdung/sinus ini kerana jika tidak dirawat dengan segera, ianya boleh melarat dan membawa kepada komplikasi lain yang  merbahaya dan membawa maut!

Set Resdung Shaklee insya Allah dapat membantu pesakit resdung untuk membantu dalam proses rawatan penyakit ini dari dalaman. Kombinasi vitamin dan supplement Shaklee iaitu Alfalfa Complex, B Complex dan Vitamin C; yang semuanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermutu tinggi dapat mengatasi masalah dan punca berlakunya resdung/sinus kepada pesakit.


Bagaimana setiap vitamin/supplement Shaklee berfungsi:

Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba set Shaklee dan sudah putus asa dengan kaedah rawatan tradisional yang tidak membantu menyelesaikan masalah ini, hubungi saya untuk dapatkan set kesihatan ini. Ramai yang dah mencuba berpuas hati dan anda pasti boleh.

ASMA
Call/SMS/Whatsapp: 012-2955360
Email: hanihai77@yahoo.com atau hanihai@gmail.com