Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Memaparkan catatan dengan label Set Menyusu Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Menyusu Shaklee. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

Tips berpuasa pada bulan Ramadhan dengan Shaklee: Kekal sihat bertenaga berpanjangan dan bendalir dalam badan

Berpuasa adalah salah satu amalan yang terbaik untuk detoks badan dan ianya dapat membantu dalam rawatan sesuatu penyakit.Seelok-eloknya kita amalkan berpuasa setiap bulan untuk membuang toksin-toksin dalam badan. Berpuasa banyak cabarannya terutamanya menahan kehausan semasa cuaca panas terik, badan terasa lemah tidak bermaya, badan kurang susu badan bagi ibu yang masih menyusu badan serta sakit gastrik bagi sesetengah yang berpuasa. Biarpun berlapar dahaga hampir 14 jam dalam sehari selama sebulan di bulan Ramadan, tidak menjadi penghalang untuk kita menjaga kesihatan dan kekal cergas sepanjang masa. Pada sebelah siangnya berpuasa, pada malamnya pula mampu melaksanakan ibadah dengan cergas tanpa rasa kepenatan. Oleh itu, diet sepanjang Ramadan tidak boleh dipandang remeh agar tidak memusnahkan manfaat puasa kepada kesihatan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “berpuasalah, nescaya kamu menjadi sihat.” Panduan diet yang sihat perlu diikuti agar kita tidak kecundang dalam beribadah dan menjaga kesihatan, sebelum berakhirnya Ramadan. 

Antaranya ialah:

Berbuka puasa dengan kurma Berusaha untuk berbuka puasa dengan kurma. Kurma mengandungi 50 peratus fruktosa dan glukosa yang mudah dicerna serta berkalori tinggi. Keadaan fizikal tubuh yang lemah tanpa makanan sepanjang hari memerlukan kepada tenaga segera. Oleh itu, kurma adalah makanan terbaik sebagai ‘booster’ untuk memberikan tenaga dan kecergasan kepada tubuh badan dengan cepat. Di samping itu, kurma kaya dengan fiber yang mampu menghalang penyerapan kolesterol (LDL) dalam badan. Di dalam kurma juga mengandungi zat besi yang baik untuk kompenen haemoglobin dalam sel darah merah. Potassium, kalsium, magnesium, vitamin A dan zat lain yang terkandung dalam sebiji kurma juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad bahawa “Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan rutob (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air.” Tidak hairanlah, kurma menjadi salah satu makanan terbaik bagi memulakan hidangan semasa berbuka puasa. Walaupun, kurma banyak ditanam di Negara-negara Arab, namun ia bukanlah penghalang untuk kita yang berada jauh dari tempat tersebut mendapatkan kurma. Kini, pelbagai jenis kurma mudah diperolehi di mana-mana sahaja.

Hidrat badan dengan air Minum air kosong termasuklah air zam-zam dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi pada malam hari sehingga waktu sahur. Air yang mencukupi akan memberi kesegaran kepada tubuh badan yang kekurangan air sepanjang hari. Walau bagaimanapun, perlu dielakkan mengambil minuman manis. Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada mengambil minuman manis? Ini kerana, apa yang terhidang di hadapan mata kita selalunya sedap dan menyegarkan lebih-lebih lagi air selalunya dijual di bazaar Ramadan dengan pelbagai jenis, perisa dan warna. Salah satu cara untuk mengelakkan kita mengambil minuman manis yang tinggi kandungan gula adalah dengan menggantikannya dengan jus buah-buahan yang segar. Seelok-eloknya buah tersebut dikisar supaya fiber yang terkandung didalamnya tidak hilang. Jus buah-buahan tetap mempunyai rasa manis dan memberi kesegaran di samping itu, tinggi kandungan vitamin dan fiber yang amat bermanfaat untuk tubuh kita. Sememangnya, kita mempunyai keinginan terhadap air manis untuk menghilangkan dahaga setelah sepanjang hari berpuasa, jus buah-buahan mampu memberikan kebaikan tersebut. Di samping itu meminumnya secara berbuka akan menyebabkan perut lebih cepat kenyang. Secara tidak langsung, kita cenderung untuk makan sedikit. Penyediaan jus buah-buahan yang sihat tidak memerlukan kepada tambahan gula, cukup sekadar dengan rasa manis asli yang terdapat dalam buah dan sekiranya memerlukan rasa manis boleh ditambah sedikit madu kedalamnya. Atau pun dengan cara mencampurkan buah-buahan segar dengan susu rendah lemak dan yogurt. Campuran ini juga boleh diamalkan semasa sahur untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Walau apapun, badan kita kekurangan air semasa berpuasa, justeru kekurangan ini perlu ditambah secukupnya untuk memelihara keseimbangan sistem badan dan memberi kesegaran yang berpanjangan. Bagi memastikan penghidratan badan dan tenaga berpanjangan ketika berpuasa siang hari, bancuh Shaklee Performance Drink dengan Shaklee Energising Soy Protein/Cinch atau dengan Shaklee Mealshake dan minum selepas berbuka dan semasa bersahur.

Ambil makanan cepat hadam Semasa berbuka puasa, seelok-eloknya mengambil makanan yang cepat dihadam seperti jus buah, sup, bubur (contohnya bubur lambuk) sebagai pemula. Ini kerana badan memerlukan sumber tenaga yang baharu bagi menggantikan tenaga yang kehabisan. Digalakkan agar kita mengambil makanan yang ringan terlebih dahulu untuk mengelakkan sistem pencernaan terjejas. Tunaikan solat maghrib, barulah mengambil makanan yang berat. Sikap ini patut diamalkan untuk mengelakkan diri daripada berlebihan mengambil makanan kerana perut terasa sedikit penuh berbanding sewaktu mula-mula berbuka. Ini kerana, otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang. Sekiranya terus mengambil makanan yang berat semasa tengah lapar, kita cenderung mengambilnya dengan lebih banyak kerana belum merasa kenyang serta mengikut runtunan nafsu dan selera. Kesannya, perut menjadi sebu, kekenyangan terlampau dan secara tidak langsung, kita telah mengambil lebih banyak kalori berbanding keperluan sebenar. Akhirnya, tanpa disedari, berat badan makin bertambah manakala tekanan darah, gula dan kolestrol juga tidak dapat dikurangkan. Yang diperolehi hanyalah keletihan kerana kekenyangan dan kemalasan untuk beribadah. 

Sahur jangan ditinggalkan Amalan bersahur amat dituntut kerana pada waktu tersebut terdapat keberkatannya. Jika dilakukan, ia merupakan ibadat yang diganjari pahala dan terdapat faedahnya menurut perspektif sains. Dalam tempoh 24 jam, makanan yang paling penting adalah sarapan pagi. Individu yang tidak bersarapan pagi lebih terdedah kepada penyakit obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Maka, sahur mengambil tempat sebagai sarapan pagi ketika dalam bulan Ramadan. Sekiranya tiada sebarang makanan diambil selama 14 jam selepas itu, tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan manusia. Sahur juga dapat memastikan tubuh badan cergas dan bertenaga sepanjang hari dalam bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, perlu dilihat juga jenis makanan yang diambil. Kita disarankan agar mengambil makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan seperti makanan yang tinggi karbohidrat kompleks iaitu bijirin, roti wholemeal, capati, oat dan banyak lagi. Namun begitu, makanan yang berlemak, bergoreng dan makanan segera seharusnya dielakkan. Selain tidak menyumbang kepada kecergasan tubuh badan, makanan tersebut menyebabkan kita cepat lapar dan menimbunkan masalah lemak dan kolesterol yang sedia ada dalam tubuh badan. Manakala makanan tinggi karbohidrat kompleks pula akan membuatkan perut terasa penuh dan kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kita sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang hari sehingga waktu berbuka. Oleh itu, untuk mengekalkan kecergasan sepanjang bulan Ramadan, bukan sekadar jenis makanan yang patut dititikberatkan. Malah kuantiti dan masa makan juga perlu diambil kira. Ramadan mengajar kita berdisiplin tentang masa makan. Justeru, apabila perut kita dijadualkan untuk makan pada masa-masa tertentu, menyebabkan sistem penghadaman lebih bersedia dan akan mengurangkan masalah-masalah kesihatan berkaitan dengan perut. Jangan lupa bersahur dengan Shaklee Performance Drink dan Shaklee ESP/Cinch serta mengambil Shaklee Vita-Lea atau Mealshake.

Sekiranya kita mengambil berat dengan jenis, mutu dan jumlah makanan yang diambil serta pada masa yang sesuai, Ramadan yang dilalui akan memberikan kita manfaat kesihatan yang tidak ternilai. Nilai kesihatan ini adalah sebagai satu anugerah Ramadhan yang menjadi titik tolak kepada tahap kecergasan pada bulan-bulan yang seterusnya.


Nak dapatkan Set Shaklee untuk Berpuasa sila hubungi saya sekarang.

Asma
012-2955360

Sumber dan Rujukan: The Star, Kekal Sihat Sepanjang Ramadhan

Rabu, 1 Januari 2014

Set Berpantang dan Menyusu Shaklee

Last entry i dah share Set Kesihatan Shaklee yang sesuai untuk kegunaan semua termasuklah ibu mengandung,berpantang dan menyusu.

Kali ni i fokus benefits Shaklee set untuk ibu berpantang dan menyusu.For my first two kids..saya berpantang ikut cara tradisional. I memang follow because my mother insist i ikut. So i amalkan sebab nak jaga kesihatan badan..maklumlah kita ni nak guna badan sampai tua..insya Allah. Jadi tak nak lah kang muda- muda dah sakit macam-macam. Bila orang tua cakap kena berpantang tu mestilah ada sebabnya. Those yang tak follow pantang pastu akan rasa kesannya dalam usia muda..for example yang orang pernah share dengan i adalah...sakit sengal tulang bila terkena air sejuk, rahim rasa jatuh/sakit dan sebagainya. Sebab tu i jaga betul amalan masa pantang.Logically. .badan ibu mengandung expands byk and functions hard for baby development. In fact masa proses beranak badan ibu mengalami kesakitan dan trauma yang amat sangat. Bila baby selamat dilahirkan, badan especially perut mula kendur. So masa berpantang 44 hari ni lah peluang untuk ibu-ibu recover semula dan kembalikan kesihatan dan bentuk badan. Tapi dalam amalan tradisional..i paling tak suka minum jamu. Memang pahit tak sedap..bau pon busuk..tapi pasal nak sihat punya pasal i telan gak. Tapi jamu ni panas..memang bagus utk ibu..but not for babies. boleh cirit birit and kena jaundis.

So for my third baby..saya diperkenalkan kepada set vitamin Shaklee oleh seorang nurse di hospital. Masa tu susu badan i pon kurang sangat and baby dalam incubator. Seminggu gak i kat hospital, tak boleh nak mengurut & bertungku masa tu.Makanan hospital pon bukan boleh makan semuanya kalau ikut pantang Melayu. Jadi i try amik Shaklee since before tu pon banyak review i dah baca. Alhamdullilah..badan memang cergas..susu badan banyak. Masa pantang macam2 tak boleh makan..but Shaklee vitamins provided badan kita dengan all nutrients penting..thats why badan sihat dan tak lesu walaupun penat jaga baby. Muka tak pucat..berseri2 lagi. Berjaga malam dengan baby pon tak de masalah sebab saya masih bertenaga and tak de stress. Luka episiotomy masa bersalin pon cepat pulih. Berat badan pon banyak berkurang..masuk kerja balik i dah muat baju-baju lama sebelum mengandung :) Malahan this time i pantang sendiri kat rumah after 4 minggu duduk kat rumah mak. I cergas untuk buat kerja rumah ringan seperti masak untuk diri sendiri..masakan pantang..senang je :) of course masa pantang i memang tak buat kerja berat pon..duduk kat bawah je..tak naik tangga and tak keluar rumah except hospital visits. i cuma jaga diri and baby je. Routine seharian: breakfast, ambil vitamin Shaklee,mandi, berurut, bertungku, berbengkung,mandi baby, menyusu baby and then makan tengahari,minum petang and makan malam with Shaklee vitamins..malam if rajin i bertungku. Menyusu baby every 3 to 4 hours Ulanglah for 44 days :)

After 1 bulan baru i start buat stok susu untuk preparation sebelum masuk kerja. Masa ni i amik alfalfa as milk booster. Masa berpantang tak boleh amik alfalfa because takut baby jaundice/kuning. Alhamdullilah penuh freezer..tak yah risau bila hantar baby kat nursery.

Jadi itu pengalaman saya dengan Shaklee and saya masih kekal ambil Shaklee vitamins untuk kesihatan saya sekeluarga.

Saya memang highly recommend Shaklee untuk bakal2 ibu. Suami pon patut belikan Set Berpantang and menyusu Shaklee ni untuk isteri tersayang. Masa berpantanglah suami kena jaga isteri yang dah banyak berkorban; dengan baik dan manja. Lagi cepat isteri sihat lagi senanglah anak-anak dijaga oleh isteri :)

If anda nak cuba hubungi saya di 0122955360. SMS or whatsapp  pon boleh or email hanihai77@yahoo.com.

Harga RM3XX..murah dari harga retail/biasa Shaklee. More info or to purchase hubungi saya. COD di TTDI Jaya, Bukit Jelutong, Glenmarie dan Sek. 13 Shah Alam. Kawasan Shah Alam lain2 bergantung pada tempat. COD di Gombak dan Taman Melawati pada hari minggu. Lain-lain tempat melalui Poslaju.

Ready stock available. Call me now.

Ikuti entry saya seterusnya berkaitan berpantang dan menyusu.

Khamis, 28 November 2013

Set Menyusu Shaklee yang famous!

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya bukan? Sebab itulah ibu lah selalunya yang lebih berusaha untuk memastikan hasratnya tercapai.

Mungkin sebelum ini (lebih kurang 6 atau 7 tahun yang lalu) penyusuan badan bukanlah satu trend pada waktu itu. Bila bercakap atau melihat seorang wanita yang menyusukan badan pasti ramai yang akan rasa segan malu.

Tetapi kini makin ramai wanita yang aware dengan kebaikan breastfeeding. Trend ini mungkin disebabkan faktor kemudahan social media dan internet yang sangat maju pada masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat dan awareness mengenai breastfeeding dapat dikongsikan dengan ramai wanita di luar sana.Malahan kini lebih senang untuk mendapat barangan yang membantu ibu-ibu untuk menyusu dengan lebih senang. Ibu yang bekerja pon masih boleh terus menyusu kerana adanya pam susu yang banyak di jual di pasaran.

Susu ibu memang tiada tandingan nilai dan kebaikannya sehinggakan formula susu tepung yang paling mahal pon tidak boleh memberi kebaikan dan nutrient yang sama dengan susu ibu. Hebat kan. Malah dalam Al Quran turut ada dinyatakan bahawa kaum ibu diseru untuk menyusukan anak sehingga umur anak 2 tahun.

Bagi sesetengah ibu, menyusu badan bukan lah satu masalah kerana mereka sentiasa boleh menyusu anak secara eksklusif or fully breastfeed.Bagus kan. Namun ada juga ibu-ibu yang mungkin kekurangan susu tetapi masih bersemangat dan ingin terus menyusu badan.

Ada terdapat pelbagai petua untuk menambah susu badan. Antaranya makan kurma, sup lobak putih, ulam jantung pisang, sup seaweed, bayam, air longan dan bermacam-macam lagi. Yang penting ibu-ibu menyusu mesti mengambil makanan seimbang dan secukupnya, minum air yang banyak dan elak dari stres kerana ianya boleh memberi kesan kepada pengeluaran susu badan. Semua faktor ini akan mempengaruhi keseimbangan hormon badan kita untuk pengeluaran susu badan.

OK ada ibu-ibu yang bertanya bagaimana pula jika semua usaha gagal untuk menghasilkan susu secukupnya?

DON'T GIVE UP! Sentiasa terus berusaha dan terus kerapkan menyusu badan. Anda juga boleh mencuba mengambil supplement vitamin untuk memastikan badan menerima semua nutrient penting yang diperlukan badan untuk menghasilkan susu secukupnya. Jadi saya sarankan SHAKLEE Breastfeeding Set bagi membantu penghasilan susu yang secukupnya. Banyak testimoni pengguna boleh didapati di internet yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Shaklee set ini juga sesuai diambil semasa bulan puasa memandangkan ibu-ibu tidak makan minum sepanjang siang hari.

Hubungi saya sekarang untuk set menyusu Shaklee di 0122955360.Ready stock di TTDI Jaya Shah Alam sedia untuk COD di Shah Alam atau courier di luar kawasan Shah Alam. COD juga boleh dibuat di kawasan sekitar Gombak dan Taman Melawati pada hari minggu.

Harga set menyusu bergantung kepada vitamin yang diperlukan anda. Saya sedia memberikan konsultansi.