Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Memaparkan catatan dengan label shaklee mealshake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shaklee mealshake. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2014

Sihat sambil menderma: Promosi Oktober Shaklee Mealshake Sambil Menderma untuk Rumah Kebajikan Kanak-kanak

Sambil kita beli Mealshakes untuk kesihatan dan kecergasan anak-anak kita dapat membantu kanak-kanak tidak bernasib baik untuk kehidupan yang lebih bahagia. Hubungi saya sekarang. Asma 0122955360

Ahad, 12 Oktober 2014

Promo Shaklee Mealshake untuk kesihatan anak sekeluarga : Beli sambil Menderma

Selasa, 9 September 2014

PROMOSI BERGANDA SEPTEMBER SHAKLEE: COLLAGEN POWDER & MEALSHAKE

Semua peminat Shaklee dah tau promosi SEPTEMBER ni. Beli 6 Shaklee Collagen Powder FREE 1 Shaklee Collagen Powder serta merta dapat FREE lifetime Shaklee membership, penjimatan yang sangat banyak tau!

Harga pasaran satu kotak Shaklee Collagen Powder = RM298 (15 sachet untuk penggunaan 1 bulan)
So kalau ambil promosi beli 6 FREE 1:  (RM298 x 6) / (6+1) = RM255.40 sekotak
Malah anda boleh terus dapat FREE lifetime Shaklee membership kalau ambil package beli 6 FREE 1 ni.

Tak cukup bajet nak beli 6? Tak pe, masih boleh beli 3 kotak Shaklee Collagen Powder untuk nikmati FREE lifetime Shaklee membership. Dengan jadi ahli Shaklee anda boleh nikmati pembelian produk Shaklee pada harga jauh lebih murah. Nak beli satu kotak je pon boleh sebab saya boleh offer harga special untuk September ni saja.

Ok saya nak bagitau actually Shaklee buat DOUBLE PROMOTION September ni. Shaklee Mealshake pon ada promosi Buy 3 FREE 1. Hebat tu sebab memang dapat berjimat banyak juga. Jimat dan boleh buat stock; yang penting kekal sihat! Istimewannya kali ini dengan setiap pembelian pakej Buy 3 Free 1 Mealshakes ini, 10% akan didermakan untuk kebajikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Banyak betul benefits Shaklee pada bulan September ni, sambil berjimat, kekal sihat dan menderma!!!!



Harga pasaran satu canister Mealshake = RM113.75 ( boleh tahan 1.5-2 bulan)
So kalau ambil promosi beli 3 FREE 1 :  (RM113.75 x 3) / (3+1) = RM85.30 untuk satu canister
Kalau promosi bulanan Shaklee beli 6 FREE 1 : (RM113.75 x 6) / (6+1) = RM97.50 untuk satu canister

Betul tak saya cakap? Jimat banyak kan bulan September ni!!! Kalau nak lagi jimat untuk harga lebih murah, kena lah jadi ahli Shaklee; senang je register dengan saya. Terus dapat enjoy pelbagai manfaat ahli Shaklee.

Kalau tak nak amik pakej promosi September sebab tak cukup bajet pon tak mengapa, anda masih boleh beli satu canister saja dengan harga special dari saya untuk bulan ni saja.

Bulan September ni saya offer FREE DELIVERY untuk kedua-dua promosi produk-produk ini.

Bagi yang belum mengenali Mealshake ni, kalau nak tau Mealshake ni multivitamin dalam powder form. LAZAT, SENANG DI BANCUH untuk DIMINUM. Sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa yang susah nak telah pil/kapsul. Dengan Mealshake anda mendapat semua nutrisi penting keperluan harian untuk kekal sihat dan cergas. Malahan Mealshake mampu membantu meningkatkan selera makan anak-anak yang kurang makan. Ramai pengguna Shaklee yang mempunyai anak yang kerap sakit gembira lepas amalkan Mealshake ni sebab iannya memberi kesan positif dalam meningkatkan imunisasi dan taraf kesihatan anak. Mak bapak tak perlu risau bil klinik/hospital yang tinggi dan perlu lagi kerap mengambil cuti kecemasan untuk menjaga anak yang sakit. Bila anak-anak sihat ceria, hati mak bapak pon happy kan?



Ok apa tunggu lagi. Nak beli Mealshake boleh hubungi saya untuk mendapatkannya sekarang. Kalau ambil pakej promosi September ni pembelian barangan anda akan dapat FREE DELIVERY.

Asma
012-2955360

Rabu, 9 Julai 2014

Tips berpuasa pada bulan Ramadhan dengan Shaklee: Kekal sihat bertenaga berpanjangan dan bendalir dalam badan

Berpuasa adalah salah satu amalan yang terbaik untuk detoks badan dan ianya dapat membantu dalam rawatan sesuatu penyakit.Seelok-eloknya kita amalkan berpuasa setiap bulan untuk membuang toksin-toksin dalam badan. Berpuasa banyak cabarannya terutamanya menahan kehausan semasa cuaca panas terik, badan terasa lemah tidak bermaya, badan kurang susu badan bagi ibu yang masih menyusu badan serta sakit gastrik bagi sesetengah yang berpuasa. Biarpun berlapar dahaga hampir 14 jam dalam sehari selama sebulan di bulan Ramadan, tidak menjadi penghalang untuk kita menjaga kesihatan dan kekal cergas sepanjang masa. Pada sebelah siangnya berpuasa, pada malamnya pula mampu melaksanakan ibadah dengan cergas tanpa rasa kepenatan. Oleh itu, diet sepanjang Ramadan tidak boleh dipandang remeh agar tidak memusnahkan manfaat puasa kepada kesihatan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “berpuasalah, nescaya kamu menjadi sihat.” Panduan diet yang sihat perlu diikuti agar kita tidak kecundang dalam beribadah dan menjaga kesihatan, sebelum berakhirnya Ramadan. 

Antaranya ialah:

Berbuka puasa dengan kurma Berusaha untuk berbuka puasa dengan kurma. Kurma mengandungi 50 peratus fruktosa dan glukosa yang mudah dicerna serta berkalori tinggi. Keadaan fizikal tubuh yang lemah tanpa makanan sepanjang hari memerlukan kepada tenaga segera. Oleh itu, kurma adalah makanan terbaik sebagai ‘booster’ untuk memberikan tenaga dan kecergasan kepada tubuh badan dengan cepat. Di samping itu, kurma kaya dengan fiber yang mampu menghalang penyerapan kolesterol (LDL) dalam badan. Di dalam kurma juga mengandungi zat besi yang baik untuk kompenen haemoglobin dalam sel darah merah. Potassium, kalsium, magnesium, vitamin A dan zat lain yang terkandung dalam sebiji kurma juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad bahawa “Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan rutob (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air.” Tidak hairanlah, kurma menjadi salah satu makanan terbaik bagi memulakan hidangan semasa berbuka puasa. Walaupun, kurma banyak ditanam di Negara-negara Arab, namun ia bukanlah penghalang untuk kita yang berada jauh dari tempat tersebut mendapatkan kurma. Kini, pelbagai jenis kurma mudah diperolehi di mana-mana sahaja.

Hidrat badan dengan air Minum air kosong termasuklah air zam-zam dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi pada malam hari sehingga waktu sahur. Air yang mencukupi akan memberi kesegaran kepada tubuh badan yang kekurangan air sepanjang hari. Walau bagaimanapun, perlu dielakkan mengambil minuman manis. Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada mengambil minuman manis? Ini kerana, apa yang terhidang di hadapan mata kita selalunya sedap dan menyegarkan lebih-lebih lagi air selalunya dijual di bazaar Ramadan dengan pelbagai jenis, perisa dan warna. Salah satu cara untuk mengelakkan kita mengambil minuman manis yang tinggi kandungan gula adalah dengan menggantikannya dengan jus buah-buahan yang segar. Seelok-eloknya buah tersebut dikisar supaya fiber yang terkandung didalamnya tidak hilang. Jus buah-buahan tetap mempunyai rasa manis dan memberi kesegaran di samping itu, tinggi kandungan vitamin dan fiber yang amat bermanfaat untuk tubuh kita. Sememangnya, kita mempunyai keinginan terhadap air manis untuk menghilangkan dahaga setelah sepanjang hari berpuasa, jus buah-buahan mampu memberikan kebaikan tersebut. Di samping itu meminumnya secara berbuka akan menyebabkan perut lebih cepat kenyang. Secara tidak langsung, kita cenderung untuk makan sedikit. Penyediaan jus buah-buahan yang sihat tidak memerlukan kepada tambahan gula, cukup sekadar dengan rasa manis asli yang terdapat dalam buah dan sekiranya memerlukan rasa manis boleh ditambah sedikit madu kedalamnya. Atau pun dengan cara mencampurkan buah-buahan segar dengan susu rendah lemak dan yogurt. Campuran ini juga boleh diamalkan semasa sahur untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Walau apapun, badan kita kekurangan air semasa berpuasa, justeru kekurangan ini perlu ditambah secukupnya untuk memelihara keseimbangan sistem badan dan memberi kesegaran yang berpanjangan. Bagi memastikan penghidratan badan dan tenaga berpanjangan ketika berpuasa siang hari, bancuh Shaklee Performance Drink dengan Shaklee Energising Soy Protein/Cinch atau dengan Shaklee Mealshake dan minum selepas berbuka dan semasa bersahur.

Ambil makanan cepat hadam Semasa berbuka puasa, seelok-eloknya mengambil makanan yang cepat dihadam seperti jus buah, sup, bubur (contohnya bubur lambuk) sebagai pemula. Ini kerana badan memerlukan sumber tenaga yang baharu bagi menggantikan tenaga yang kehabisan. Digalakkan agar kita mengambil makanan yang ringan terlebih dahulu untuk mengelakkan sistem pencernaan terjejas. Tunaikan solat maghrib, barulah mengambil makanan yang berat. Sikap ini patut diamalkan untuk mengelakkan diri daripada berlebihan mengambil makanan kerana perut terasa sedikit penuh berbanding sewaktu mula-mula berbuka. Ini kerana, otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang. Sekiranya terus mengambil makanan yang berat semasa tengah lapar, kita cenderung mengambilnya dengan lebih banyak kerana belum merasa kenyang serta mengikut runtunan nafsu dan selera. Kesannya, perut menjadi sebu, kekenyangan terlampau dan secara tidak langsung, kita telah mengambil lebih banyak kalori berbanding keperluan sebenar. Akhirnya, tanpa disedari, berat badan makin bertambah manakala tekanan darah, gula dan kolestrol juga tidak dapat dikurangkan. Yang diperolehi hanyalah keletihan kerana kekenyangan dan kemalasan untuk beribadah. 

Sahur jangan ditinggalkan Amalan bersahur amat dituntut kerana pada waktu tersebut terdapat keberkatannya. Jika dilakukan, ia merupakan ibadat yang diganjari pahala dan terdapat faedahnya menurut perspektif sains. Dalam tempoh 24 jam, makanan yang paling penting adalah sarapan pagi. Individu yang tidak bersarapan pagi lebih terdedah kepada penyakit obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Maka, sahur mengambil tempat sebagai sarapan pagi ketika dalam bulan Ramadan. Sekiranya tiada sebarang makanan diambil selama 14 jam selepas itu, tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan manusia. Sahur juga dapat memastikan tubuh badan cergas dan bertenaga sepanjang hari dalam bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, perlu dilihat juga jenis makanan yang diambil. Kita disarankan agar mengambil makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan seperti makanan yang tinggi karbohidrat kompleks iaitu bijirin, roti wholemeal, capati, oat dan banyak lagi. Namun begitu, makanan yang berlemak, bergoreng dan makanan segera seharusnya dielakkan. Selain tidak menyumbang kepada kecergasan tubuh badan, makanan tersebut menyebabkan kita cepat lapar dan menimbunkan masalah lemak dan kolesterol yang sedia ada dalam tubuh badan. Manakala makanan tinggi karbohidrat kompleks pula akan membuatkan perut terasa penuh dan kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kita sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang hari sehingga waktu berbuka. Oleh itu, untuk mengekalkan kecergasan sepanjang bulan Ramadan, bukan sekadar jenis makanan yang patut dititikberatkan. Malah kuantiti dan masa makan juga perlu diambil kira. Ramadan mengajar kita berdisiplin tentang masa makan. Justeru, apabila perut kita dijadualkan untuk makan pada masa-masa tertentu, menyebabkan sistem penghadaman lebih bersedia dan akan mengurangkan masalah-masalah kesihatan berkaitan dengan perut. Jangan lupa bersahur dengan Shaklee Performance Drink dan Shaklee ESP/Cinch serta mengambil Shaklee Vita-Lea atau Mealshake.

Sekiranya kita mengambil berat dengan jenis, mutu dan jumlah makanan yang diambil serta pada masa yang sesuai, Ramadan yang dilalui akan memberikan kita manfaat kesihatan yang tidak ternilai. Nilai kesihatan ini adalah sebagai satu anugerah Ramadhan yang menjadi titik tolak kepada tahap kecergasan pada bulan-bulan yang seterusnya.


Nak dapatkan Set Shaklee untuk Berpuasa sila hubungi saya sekarang.

Asma
012-2955360

Sumber dan Rujukan: The Star, Kekal Sihat Sepanjang Ramadhan

Isnin, 5 Mei 2014

Shaklee Mealshake Lazat dan Bernutrisi untuk kekal sihat, cerdas, cerdik, bertenaga tambah berat, membesar sihat dan mengatasi masalah ekzema dan asma/lelah bagi Kanak-kanak

Bulan Mei 2014 ada promo bagi Shaklee Mealshake : BUY 6 FREE 1.



Satu canister berharga RM113.75. Berapa lama consumption tu? Lebih kurang 1.5- 2 bulan atau pun lebih. Untuk kanak-kanak hanya perlu bancuh 1 sudu kecil saja sekali sehari. Cukup dan memadai untuk memastikan anak-anak mendapat nutrisi lengkap setiap hari. Dengan perisa Vanilla yang lazat sudah pasti anak-anak pasti suka. Mealshake adalah berasaskan susu yang berprotein tinggi dan bernutrisi yang sangat mengenyangkan. Mealshake mudah disediakan dan hanya perlu dibancuh dengan susu atau air kegemaran anak-anak anda. Sesuai bagi ibu-ibu yang sibuk yang perlu bekejar masa setiap pagi untuk menyediakan sarapan pagi. Mealshake lengkap dengan nutrisi harian yang diperlukan badan oleh itu ianya juga adalah multivitamin dalam bentuk minuman yang sesuai bagi mereka yang tidak suka telah pil/kapsul vitamin.Apatah lagi,kanak-kanak sentiasa bergerak aktif agak sukar untuk duduk lama di meja untuk menghabiskan makanan.Jadi Mealshake adalah pilihan yang tepat bagi membantu mereka membesar.

Testimoni positif diterima di mana Mealshake membantu kanak-kanak membesar sihat, menambah selera bagi anak-anak yang cerewet makanan. Ada juga ibubapa yang gembira dengan Mealshake kerana anak-anak lebih sihat dan jarang sekali jatuh sakit terutamanya anak-anak yang mengalami masalah asma dan ekzema.

Mealshake juga bermanfaat bagi semua orang dewasa juga.



Nak info hubungi saya di 012-2955360 untuk maklumat dan pembelian. Jangan lupa tanya saya bagaimana cara nak dapatkan FREE membership shaklee pada bulan Mei ini. Jangan lambat tau!