Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Isnin, 13 Oktober 2014

Shaklee ESP dan Performance Drink Set membekalkan ketahanan tenaga berkekalan bagi ahli sukan untuk peningkatan prestasi tinggi

Sekarang ni saya tengok makin ramai yang gemar bersukan tak kiralah samada marathon, berjogging, bersenam di gym, ber"Zumba", berbasikal dan sebagainya. Tahniah kerana menjalankan kehidupan yang sihat kerana badan kita memang perlu berpeluh untuk kesihatan badan dan kekuatan jantung serta membakar kalori lemak berlebihan serta berpeluh untuk mengeluarkan toksin dari badan. Bila kita kerap bersenam, badan dan otak akan terasa lebih kuat, segar dan kita lebih fokus. Ahli sukan atau orang yang gemar bersukan perlu memerlukan tenaga sebelum, semasa dan selepas bersenam atau bersukan. Dengan itu, diet atau faktor pemakanan juga memainkan peranan mengikut keperluan tenaga seseorang semasa bersukan/bersenam. 


 
Banyak minuman sukan di pasaran yang menjanjikan peningkatan ketahanan badan. Minuman-minuman iin membekalkan kadar karbohidrat, air dan elektrolit yang baik. Semasa bersukan badan kita banyak mengeluarkan peluh dan sekiranya tidak diganti akan menganggu prestasi. Kapasiti otot juga berkurangan menyebabkan prestasi terganggu. Minuman sukan bertindak sebagai pemangkin tenaga. Ketidakseimbangan elektrolit sering berlaku semasa bersenam akibat kehilangan peluh yang sangat banyak. Elektrolit sepeti potassium, choloride, sodium, phosphate, magnesium dan kalsium biasanya terkandung dalam minuman sukan bagi mengelakkan dehydration berlaku di kalangan ahli sukan. Dehydration akan menyebabkan heat stroke dan seseorang boleh pitam.

Nutrisi penting yang diperlukan oleh setiap ahli sukan: 

 KARBOHIDRAT Karbohidrat adalah nutrisi pertama yang memberi tenaga pada badan. Ahli sukan atau orang kuat bersenam perlu mengira jumlah karbohidrat yang diambil seharian bergantung pada kekuatan dan jangka waktu bersukan atau senaman. Bagi sukan/senaman yang berjangka masa pendek, hanya gylcogen (satu bentuk karbohidrat) yang tersimpan dalam badan akan digunakan manakala senaman yang berpanjangan memerlukan sumber karbohidrat yang berterusan. 

PROTEIN: Seperti yang saya share, protein merupakan asas pembinaan badan dengan itu amat penting bagi ahli sukan selain daripada membina imuniti badan dan meningkatkan stamina badan bagi mengekalkan tenaga dan kekuatan semasa beraktiviti pada jangka masa yang lama. Oleh itu, adalah perlu untuk membina stamina optimum dengan membekalkan badan dengan protein yang mencukupi pada setiap masa. 30-35% dari jumlah kalori harus datang dari sumber protein.

LEMAK Lemak juga diperlukan badan bagi pengaliran yang baik untuk tulang. Lemak membantu dalam menyerap dan membawa vitamin yang larut lemak. Vitamin D yang diperlukan untuk menguatkan tulang juga memerlukan lemak bagi penyerapan. Jumlah yang diperlukan adalah 25-30% dari jumlah kalori. Pilih saturated fats daripada trans fat yang lebih merbahaya pada badan kerana ianya memberi stress oksida pada badan yang menyebabkan kemusnahan sel dan merendahkan tahap imuniti badan. Contoh trans fat adalah makanan bergoreng dan makanan ringan. 

VITAMINS Vitamins memainkan peranan penting. Ia membantu mengekalkan integriti sel dan melawan stres oksida dalam badan dengan membunuh radikal bebas. 

AIR & BENDALIR Setiap ahli sukan perlu menitik beratkan penghidratan badan seperti nutrisi lain. Air & Bendalir meningkatkan fungsi seorang ahli sukan. Memandangkan protein menghasilkan pengkumuhan peluh,adalah perlu untuk memastikan badan dibekalkan dengan air dan bendalir yang mencukupi. 

Shaklee supplements set membekalkan kesemua nutrisi yang  diperlukan untuk kekuatan dan ketahanan badan. Malah ianya meningkatkan tenaga serta memberi tenaga berpanjangan sebelum dan semasa bersenam serta mengembalikan semula tenaga selepas bersenam. Ianya diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna dan gula tambahan. Sememang sihat. Set Shaklee berkesan kerana terdapat kajian klinikal dibuat dan digunakan oleh atlit-atlit terkenal di peringkat Olimpik!



Dapatkan set Shaklee ESP dan Performance Drink anda sekarang. Kini terdapat harga promosi bagi ESP pada bulan Oktober jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba.Hubungi saya sekarang.

Asma
012-2955360

Tiada ulasan:

Catat Ulasan