Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Rabu, 9 Julai 2014

Tips berpuasa pada bulan Ramadhan dengan Shaklee: Kekal sihat bertenaga berpanjangan dan bendalir dalam badan

Berpuasa adalah salah satu amalan yang terbaik untuk detoks badan dan ianya dapat membantu dalam rawatan sesuatu penyakit.Seelok-eloknya kita amalkan berpuasa setiap bulan untuk membuang toksin-toksin dalam badan. Berpuasa banyak cabarannya terutamanya menahan kehausan semasa cuaca panas terik, badan terasa lemah tidak bermaya, badan kurang susu badan bagi ibu yang masih menyusu badan serta sakit gastrik bagi sesetengah yang berpuasa. Biarpun berlapar dahaga hampir 14 jam dalam sehari selama sebulan di bulan Ramadan, tidak menjadi penghalang untuk kita menjaga kesihatan dan kekal cergas sepanjang masa. Pada sebelah siangnya berpuasa, pada malamnya pula mampu melaksanakan ibadah dengan cergas tanpa rasa kepenatan. Oleh itu, diet sepanjang Ramadan tidak boleh dipandang remeh agar tidak memusnahkan manfaat puasa kepada kesihatan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “berpuasalah, nescaya kamu menjadi sihat.” Panduan diet yang sihat perlu diikuti agar kita tidak kecundang dalam beribadah dan menjaga kesihatan, sebelum berakhirnya Ramadan. 

Antaranya ialah:

Berbuka puasa dengan kurma Berusaha untuk berbuka puasa dengan kurma. Kurma mengandungi 50 peratus fruktosa dan glukosa yang mudah dicerna serta berkalori tinggi. Keadaan fizikal tubuh yang lemah tanpa makanan sepanjang hari memerlukan kepada tenaga segera. Oleh itu, kurma adalah makanan terbaik sebagai ‘booster’ untuk memberikan tenaga dan kecergasan kepada tubuh badan dengan cepat. Di samping itu, kurma kaya dengan fiber yang mampu menghalang penyerapan kolesterol (LDL) dalam badan. Di dalam kurma juga mengandungi zat besi yang baik untuk kompenen haemoglobin dalam sel darah merah. Potassium, kalsium, magnesium, vitamin A dan zat lain yang terkandung dalam sebiji kurma juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad bahawa “Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan rutob (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air.” Tidak hairanlah, kurma menjadi salah satu makanan terbaik bagi memulakan hidangan semasa berbuka puasa. Walaupun, kurma banyak ditanam di Negara-negara Arab, namun ia bukanlah penghalang untuk kita yang berada jauh dari tempat tersebut mendapatkan kurma. Kini, pelbagai jenis kurma mudah diperolehi di mana-mana sahaja.

Hidrat badan dengan air Minum air kosong termasuklah air zam-zam dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi pada malam hari sehingga waktu sahur. Air yang mencukupi akan memberi kesegaran kepada tubuh badan yang kekurangan air sepanjang hari. Walau bagaimanapun, perlu dielakkan mengambil minuman manis. Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada mengambil minuman manis? Ini kerana, apa yang terhidang di hadapan mata kita selalunya sedap dan menyegarkan lebih-lebih lagi air selalunya dijual di bazaar Ramadan dengan pelbagai jenis, perisa dan warna. Salah satu cara untuk mengelakkan kita mengambil minuman manis yang tinggi kandungan gula adalah dengan menggantikannya dengan jus buah-buahan yang segar. Seelok-eloknya buah tersebut dikisar supaya fiber yang terkandung didalamnya tidak hilang. Jus buah-buahan tetap mempunyai rasa manis dan memberi kesegaran di samping itu, tinggi kandungan vitamin dan fiber yang amat bermanfaat untuk tubuh kita. Sememangnya, kita mempunyai keinginan terhadap air manis untuk menghilangkan dahaga setelah sepanjang hari berpuasa, jus buah-buahan mampu memberikan kebaikan tersebut. Di samping itu meminumnya secara berbuka akan menyebabkan perut lebih cepat kenyang. Secara tidak langsung, kita cenderung untuk makan sedikit. Penyediaan jus buah-buahan yang sihat tidak memerlukan kepada tambahan gula, cukup sekadar dengan rasa manis asli yang terdapat dalam buah dan sekiranya memerlukan rasa manis boleh ditambah sedikit madu kedalamnya. Atau pun dengan cara mencampurkan buah-buahan segar dengan susu rendah lemak dan yogurt. Campuran ini juga boleh diamalkan semasa sahur untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Walau apapun, badan kita kekurangan air semasa berpuasa, justeru kekurangan ini perlu ditambah secukupnya untuk memelihara keseimbangan sistem badan dan memberi kesegaran yang berpanjangan. Bagi memastikan penghidratan badan dan tenaga berpanjangan ketika berpuasa siang hari, bancuh Shaklee Performance Drink dengan Shaklee Energising Soy Protein/Cinch atau dengan Shaklee Mealshake dan minum selepas berbuka dan semasa bersahur.

Ambil makanan cepat hadam Semasa berbuka puasa, seelok-eloknya mengambil makanan yang cepat dihadam seperti jus buah, sup, bubur (contohnya bubur lambuk) sebagai pemula. Ini kerana badan memerlukan sumber tenaga yang baharu bagi menggantikan tenaga yang kehabisan. Digalakkan agar kita mengambil makanan yang ringan terlebih dahulu untuk mengelakkan sistem pencernaan terjejas. Tunaikan solat maghrib, barulah mengambil makanan yang berat. Sikap ini patut diamalkan untuk mengelakkan diri daripada berlebihan mengambil makanan kerana perut terasa sedikit penuh berbanding sewaktu mula-mula berbuka. Ini kerana, otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang. Sekiranya terus mengambil makanan yang berat semasa tengah lapar, kita cenderung mengambilnya dengan lebih banyak kerana belum merasa kenyang serta mengikut runtunan nafsu dan selera. Kesannya, perut menjadi sebu, kekenyangan terlampau dan secara tidak langsung, kita telah mengambil lebih banyak kalori berbanding keperluan sebenar. Akhirnya, tanpa disedari, berat badan makin bertambah manakala tekanan darah, gula dan kolestrol juga tidak dapat dikurangkan. Yang diperolehi hanyalah keletihan kerana kekenyangan dan kemalasan untuk beribadah. 

Sahur jangan ditinggalkan Amalan bersahur amat dituntut kerana pada waktu tersebut terdapat keberkatannya. Jika dilakukan, ia merupakan ibadat yang diganjari pahala dan terdapat faedahnya menurut perspektif sains. Dalam tempoh 24 jam, makanan yang paling penting adalah sarapan pagi. Individu yang tidak bersarapan pagi lebih terdedah kepada penyakit obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Maka, sahur mengambil tempat sebagai sarapan pagi ketika dalam bulan Ramadan. Sekiranya tiada sebarang makanan diambil selama 14 jam selepas itu, tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan manusia. Sahur juga dapat memastikan tubuh badan cergas dan bertenaga sepanjang hari dalam bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, perlu dilihat juga jenis makanan yang diambil. Kita disarankan agar mengambil makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan seperti makanan yang tinggi karbohidrat kompleks iaitu bijirin, roti wholemeal, capati, oat dan banyak lagi. Namun begitu, makanan yang berlemak, bergoreng dan makanan segera seharusnya dielakkan. Selain tidak menyumbang kepada kecergasan tubuh badan, makanan tersebut menyebabkan kita cepat lapar dan menimbunkan masalah lemak dan kolesterol yang sedia ada dalam tubuh badan. Manakala makanan tinggi karbohidrat kompleks pula akan membuatkan perut terasa penuh dan kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kita sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang hari sehingga waktu berbuka. Oleh itu, untuk mengekalkan kecergasan sepanjang bulan Ramadan, bukan sekadar jenis makanan yang patut dititikberatkan. Malah kuantiti dan masa makan juga perlu diambil kira. Ramadan mengajar kita berdisiplin tentang masa makan. Justeru, apabila perut kita dijadualkan untuk makan pada masa-masa tertentu, menyebabkan sistem penghadaman lebih bersedia dan akan mengurangkan masalah-masalah kesihatan berkaitan dengan perut. Jangan lupa bersahur dengan Shaklee Performance Drink dan Shaklee ESP/Cinch serta mengambil Shaklee Vita-Lea atau Mealshake.

Sekiranya kita mengambil berat dengan jenis, mutu dan jumlah makanan yang diambil serta pada masa yang sesuai, Ramadan yang dilalui akan memberikan kita manfaat kesihatan yang tidak ternilai. Nilai kesihatan ini adalah sebagai satu anugerah Ramadhan yang menjadi titik tolak kepada tahap kecergasan pada bulan-bulan yang seterusnya.


Nak dapatkan Set Shaklee untuk Berpuasa sila hubungi saya sekarang.

Asma
012-2955360

Sumber dan Rujukan: The Star, Kekal Sihat Sepanjang Ramadhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan