Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Rabu, 14 Mei 2014

Rawatan Resdung, Sinus, Alahan(Allergy) dan Ekzema (Eczema) dengan Set Kesihatan Shaklee secara semulajadi dan selamat

Adakah anda kerap bersin, gatal-gatal hidung, selsema, pening kepala, berdengkur bila tidur, batuk yang kerap, muka terasa sakit dan berat serta mata berair dan merah terutamanya pada waktu awal pagi, malam ? Lebih-lebih lagi simptom lebih mudah berlaku dalam keadaan persekitaran yang berhabuk atau berdebu serta muka lebih mudah ditumbuhi jerawat. Jika anda mengalami masalah ini, berkemungkinan besar anda mengalami masalah resdung/sinus atau alergi/alahan. Bagi sesetengah pesakit resdung dan alergi ini kebiasaannya akan mengalami masalah ekzema iaitu sejenis alahan kulit di mana kulit akan menjadi tompok merah-kemerahan yang gatal.

Jadi apa dia itu resdung atau sinusitis? Resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus


Kebiasaan masyarakat Malaysia akan mencuba rawatan tradisional untuk mengubati masalah resdung seperti rokok resdung yang mana ianya kononya membunuh "ulat" resdung dalam rongga hidung dengan kaedah pengewapan.Kepercayaan wujudnya parasit atau ‘ulat’ di muka yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus atau dikenali penyakit resdung adalah mitos semata-mata. Dalam bidang perubatan moden belum pernah terbukti wujud ‘ulat’ di bahagian itu.Resdung sejenis penyakit hidung disebabkan RADANG pada membran dan sinus pula adalah rongga dalam tulang muka yang diselaputi mukosa atau membran dan apabila bahagian terbabit dijangkiti virus, bakteria atau kulat itu boleh menyebabkan berlaku radang. Jangan diambil remeh akan masalah resdung/sinus ini kerana jika tidak dirawat dengan segera, ianya boleh melarat dan membawa kepada komplikasi lain yang  merbahaya dan membawa maut!

Set Resdung Shaklee insya Allah dapat membantu pesakit resdung untuk membantu dalam proses rawatan penyakit ini dari dalaman. Kombinasi vitamin dan supplement Shaklee iaitu Alfalfa Complex, B Complex dan Vitamin C; yang semuanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermutu tinggi dapat mengatasi masalah dan punca berlakunya resdung/sinus kepada pesakit.


Bagaimana setiap vitamin/supplement Shaklee berfungsi:

Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba set Shaklee dan sudah putus asa dengan kaedah rawatan tradisional yang tidak membantu menyelesaikan masalah ini, hubungi saya untuk dapatkan set kesihatan ini. Ramai yang dah mencuba berpuas hati dan anda pasti boleh.

ASMA
Call/SMS/Whatsapp: 012-2955360
Email: hanihai77@yahoo.com atau hanihai@gmail.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan