Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Isnin, 26 Mei 2014

Apa itu Kolesterol? Kenali perbezaan Kolesterol LDL jahat dan HDL baik.



Apa itu kolesterol? Kolesterol tidak boleh larut di dalam darah. Ianya diangkut dalam darah kita oleh lipoproteins. Lipoprotein diperbuat daripada lemak dan protein.Terdapat dua jenis lioprotein yang membawa kolesterol ke dan dari sel-sel:

i) low density lipoprotein (LDL)
ii) high density lipoprotein (HDL)

Kolesterol LDL dan HDL serta 1/5 dari kadar triglyceride membina jumlah kiraan kolesterol anda yang boleh ditentukan melalui pemeriksaan darah.

LDL (Bad) Cholesterol
Ia adalah kolesterol jahat kerana menyebabkan plak iaitu satu deposit tebal dan keras yang menyumbat arteri dan menyebabkan arteri kurang fleksibel (atheroscelerosis). Sekiranya ketulan terbina dan menghalang arteri yang mengecil, serangan jantung atau strok/angin ahmar boleh berlaku.







HDL (Good) Cholesterol

Ia adalah kolesterol baik kerana membantu mengeluarkan kolesterol LDL dari arteri melalui hati di mana kolesterol LDL akan dikumuhkan dan dikeluarkan dari badan. 1/4 hingga 1/3 dari darah kolesterol adalah dibawa oleh HDL. Kadar kolesterol HDL yang sihat boleh membantu mencegah dari serangan jantung atau strok.

Triglycerides
Ia adalah satu lagi jenis lemak yang digunakan untuk menyimpan tenaga berlebihan dari diet kita seharian. Kadar triglycerides yang tinggi  dalam darah dikaitkan dengan atherosclerosis. Peningkatan triglycerides boleh disebabkan oleh berat badan berlebihan dan obesiti, kekurangan aktiviti fizikal, hisap rokok, pengambilan alkohol berlebihan dan diet yang tinggi karbohidrat. Penyakit lain atau genetic disorders juga boleh menyebabkan trigylcerides yang tinggi. Mereka yang tinggi trigltcerides kebiasaannya mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi. Ramai pesakit jantung atau diabetik juga mempunyai kadar triclyceride yang tinggi.

Bagaimana Shaklee supplement membantu untuk mengatasi masalah kolesterol?

Dengan Shaklee OmegaGuard yang kaya dengan Omega 3 EPA & DHA dapat membantu mengurangkan dan membuang kolesterol jahat dalam badan anda. Bagi yang mengemar produk herba tradisional, Shaklee Garlic Complex juga dapat membantu mengurangkan masalah kolesterol anda.

Untuk info lanjut dan pembelian, sila hubungi saya.

Asma
012-2955360

Sumber:
American Heart Association

Tiada ulasan:

Catat Ulasan