Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Memaparkan catatan dengan label Vitamin C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin C. Papar semua catatan

Khamis, 5 Jun 2014

Kebaikan dan tips Set Kecantikan Kulit Shaklee Vita-E Complex untuk kulit yang lebih cantik, bebas jerawat dan parut

Kulit muka saya dulu memang jenis sensitif dan berminyak. Senang je nak naik jerawat yang kebiasaannya besar dan merah-kemerahan. Runsing dengan masalah kulit yang teruk, saya mendapatkan rawatan pakar kulit, ambil suntikan Vitamin C, buat rawatan facial setiap 2 minggu sekali dan menggunakan produk kecantikan kulit yang agak mahal. Memang semua cara ini membantu mengatasi masalah jerawat saya; tetapi kos maintenance kulit saya agaklah mahal.

Tetapi sejak mengamalkan Shaklee saya nampak perbezaan ketara pada kulit muka saya :
- kulit tidak lagi berminyak teruk seperti dulu
- jerawat jarang dan tidak banyak tumbuh, kebiasaannya memang tiada jerawat melainkan saya stress kerja:)
 -  pori-pori muka mengecil kalau dibandingkan dengan dulu memang jelas kelihatan pori muka besar dan kasar
- blackheads atau bintik hitam makin berkurangan
- kulit lebih licin, gebu dan lembut
- tona kulit lebih sekata dan kelihatan cerah
- parut-parut jerawat dulu makin pudar dan tidak berapa kelihatan
- garis halus atau kedut pada bahagian muka, mata dan leher makin tidak kelihatan
Saya memanglah tak secantik selebrati pujaan orang dan kulit pun tak sempurna bak porcelain, tapi saya memang gembira dan berpuas hati dengan keadaan kulit saya sekarang kalau dibandingkan masa dulu. Kini saya lebih berkeyakinan tinggi :)

Ini memang testimoni saya sendiri yang mengamalkan pemakanan vitamin supplement Shaklee : Vita-E Complex,Sustained Released Vita-C Plus dan Energising Soy Protein.



Tips saya kini saya tak lagi perlu kerap ke sesi facial, tidak bergantung sangat kepada produk kecantikan kulit seperti krim pelembap dan ubat jerawat serta alat solek! My face all au-naturale! Minum air banyak, dan ambil supplement shaklee setiap hari selepas makan. Dan saya pastikan muka dicuci bersih sebelum tidur.
Shaklee vitamins memang berkesan sebab produknya berkualiti tinggi tambahan lagi selamat dan semulajadi. Hanya perlu dimakan untuk kecantikan yang semestinya bermula dari dalam ; orang putih kata "Beauty from within"

Sempena promosi Shaklee Vita-E Complex bulan June 2014 ni, saya nak share kebaikan Vitamin E pada kulit kita:

    1) Untuk Kulit Kering: Mengekalkan kelembapan dalam kulit dengan mengelakkan kehilangan air dan membantu mengembalikan keseimbangan minyak dalam kulit
2  2) Untuk mengurangkan kedut dan garis halus: menyokong pembentukan elastin & kolagen bagi meningkatkan keanjalan kulit dan menggalakkan kulit yang lebih muda serta menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit
   3) Untuk kesan selaran matahari (sunburns) : Krim pelindung matahari yang terjual di pasaran mengandungi Vitamin E bagi melembapkan dan membantu melegakan perit yang disebabkan selaran matahari.
4)Untuk memudarkan/menghilangkan parut/bintik: membantu pembaharuan sel baru, melembutkan kulit serta memudarkan parut terutamanya bahagian muka.     
      5) Untuk mengurangkan kesan regangan kulit (stretch marks): membantu mengelakkan dan mengurangkan kesan regangan kulit bagi wanita-wanita mengandung. Elok diambil sebaik saja perut makin membesar.


Memang Vitamin E yang tinggi kandungan anti-oksidannya terkenal dengan kebaikannya pada kulit, jadi jika anda berminat nak cuba Set Kecantikan Kulit Shaklee sila hubungi saya untuk maklumat lanjut atau pembelian.

Asma
Call/SMS/Whatsapp: 012-2955360

Khamis, 15 Mei 2014

Shaklee Chewable Vitamin C mudah dikunyah dan dimakan oleh kanak-kanak dan dewasa


Kebaikan Vitamin C

Saintis dan penyelidik telah membuktikan bahawa Vitamin C amat penting bagi permbangunan asas kolagen iaitu struktur bahan untuk tulang, kulit, saluran darah dan tisu-tisu lain. Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan keradangdan gusi, kulit bersisik, hidung berdarah, sakit sendi dan lain-lain berkait dengan penyakit skurvi. Tambahan lagi ada kajian menunukkan bahawa pengambilan makanan yang diperkayai dengan Vitamin C dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Vitamin C adalah antioksida yang dapat meneutralkan molekul oksigen yang tidak stabil yang boleh merosakkan DNA.  Kajian terkini juga membuktikan Vitamin C menhalang Helicobacter pylori, sejenis bakteria yang menyebabkan kanser perut dan ulcers. Vitamin C juga menyokong kesihatan jantung dan arteri di mana satu kajian yang dilakukan pada 2003 di Children's Hospital, Boston, menunjukkan mereka yang memgambil Vitamin C yang paling tinggi memiliki risiko yang paling rendah untuk mempunyai masalah penyakit jantung.Sifat antioksida Vitamin C dapat menghalang kerosakan pada dinding arteri yang boleh menyebabkan kolesterol. Ibu-bu mengandung serta bayi perlu lebih mengambil Vitamin C. Dalam satu kajian yang dilakukan di Korea Selatan melaporkan berat kelahiran yang tinggi di kalangan bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi.Satu laporan dalam European Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa Vitamin C yang terkandung dalam susu ibu dapat mengurangkan risiko alahan dermatitis pada bayi.


 Kadar Vitamin C yang diperlukan

Adalah digalakkan untuk mengambil Vitamin C pada kadar 90 mg bagi lelaki dan 75 mg bagi wanita setiap hari. Satu kajian oleh National Institutes of Health menunjukkan bahawa badan manusia hanya mampu menyerap Vitamin C maksimum pada 400mg sehari; lebih dari itu akan dikumuhkan dari sistem badan. Pastikan untuk mendapat Vitamin C daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran atau untuk lebih mudah dan yakin akan kadar keperluan harian anda ambil supplement Shaklee yang senang dikunyah dan dimakan dengan rasa sitrus oren tanpa perasa dan pewarna tiruan serta pengawet.

Hanya RM37.50 sebotol untuk penggunaan selama 3 bulan. Murahkan bagi vitamin yang berkualiti tinggi dan berkesan? Shaklee memang mampu dibeli semua bagi memastikan kesihatan yang baik. Untuk info dan pembelian hubungi saya sekarang sementara stok masih ada. Vit C ini agak popular sebab kali terakhir stok ada kat Shaklee ofis beberapa bulan lepas habis semua stok dalam masa beberapa hari je!

Call/sms/whatsapp

ASMA
012-2955360





Khamis, 17 April 2014

Shaklee Sustained Release Vita-C untuk ketahanan imunisasi badan. elak selsema, kecantikan kulit, rawat parut dan Antioksidan yang baik

Ahad, 29 Disember 2013

Set Kesihatan Shaklee di TTDI Jaya

Adakah anda rasa cepat penat, letih dan tidak bertenaga setiap hari? Lepas waktu tengahari je mata dah mula kuyu dan badan lemah; kalau boleh nak tidur je.Atau pun bila buat kerja berat sikit je dah rasa penat dan perlu masa untuk berehat. Malah kalau ada keperluan nak kena berjalan lebih atau naik tangga anda rasa penat. Bagaimana pula dengan tahap kesihatan anda? Adakah kerap dan mudah jatuh sakit? Setiap 1-2 bulan mesti demam, batuk dan selsema atau tiap-tiap bulan gerenti ambil cuti sakit/mc sehingga ganggu prestasi kerja anda.Sudah tentu bila sakit, kos perubatan pun banyak bukan?

Pernah anda cuba buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan anda? Kita mampu membuat sesuatu especially untuk meningkatkan taraf kesihatan kita. Bak kata orang..Prevention is Better Than Cure. Dengan pengambilan supplement, kita boleh menjaga dan memperbaiki tahap kesihatan kita. Pengambilan makanan seimbang sahaja tidak mampu menjanjikan kesihatan yang baik kerana makanan sekarang banyak yang diproses dan mengandungi bahan kimia yang mengurangkan nutrisi semulajadi makanan tersebut seperti sayur, buah, makanan laut dan sebagainya. Tambahan lagi terdapat faktor luaran yang turut mempengaruhi tahap kesihatan kita seperti pencemaran udara, pencemaran air, budaya/ tabiat hidup yabg tidak sihat atau tidak aktif. Dan juga bagaimana anda pasti yang makanan yang diambil mengikut keperluan kalori atau piramid makanan yang sepatutnya??

Sebab itulah saya mengambil set kesihatan Shaklee setiap hari. Dan yang penting saya nampak kesannya dan saya rasa lebih sihat dan bertenaga setiap hari walaupon saya tak kerap bersenaman.Bersenaman masih penting sebab ia membolehkan kita membakar kalori dan mengeluarkan peluh dan toksin.Saya pon tidak mudah letih selepas tengahari..masih bertenaga hingga malam..dan tidak rasa mengantuk dan tidak perlu tidur waktu siang hari. Jadi waktu siang tu saya memang optimum buat kerja dengan pelbagai aktiviti. Alhamdullilah jarang demam, batuk dan selsema.Kalau sakit pon 1-2 hari dah baik..malah MC cuti sakit pon tak ambil this year.

Jadi saya syorkan anda dan keluarga untuk mengambil set kesihatan Shaklee. Harga murah berpatutan. Orang kata Shaklee mahal..tapi saya tak bersetuju kerana compared to other brands Shaklee berbaloi dan berpatutan dengan quality. Seperti yang Shaklee kata Always Work,Always Safe and Always Green.Shaklee dah spend berjuta dollar untuk pembangunan & penyelidikan produk-produknya thats why ramai pengguna setia Shaklee sehingga ia mampu bertahan lama lebih 50 tahun.

Apa kebaikan set kesihatan Shaklee ni?

Vitalea with iron: mengandungi nutrisi lengkap dan penting untuk kesihatan badan; mengandungi 120 tablet utk supply 2 bulan

Sustained released Vit C: tingkatkan imunisasi badan, mengalakkan penghasilan kolagen untuk kulit cantik, mencegah penyakit seperti selsema, anti-oksidan; mengandungi 180 tablet utk supply 6 bulan

Vit B complex : untuk kesihatan mata dan kulit, memberi tenaga dan menyokong matabolisme, mengurangkan stress, menyokong sistem saraf; mengandungi 120 tablet utk supply 4 bulan

Semua set ini mampu tahan dari 2 sehingga 6 bulan.

Sesuai untuk penggunaan semua orang dewasa termasuk ibu mengandung, berpantang dan ibu menyusu badan.

Hubungi saya di 0122955360 untuk pembelian. Anda boleh sms atau whatsapp. Kos penghantaran melalui pos adalah RM6 bagi semenanjung malaysia. COD di kawasan berhampiran TTDI Jaya dan Sek.13 Shah Alam. COD di Gombak dan Taman Melawati pada hari minggu.

Start a healthier life now!