Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Ahad, 23 Februari 2014

Mengapa perlu ambil supplement vitamin?

Ramai akan berkata " Saya makan setiap hari dan mengambil semua jenis makanan seperti sayur buah ayam ikan susu dan lain-lain. Jadi mengapa saya harus mengambil supplement atau vitamin lagi?".

Supplement bermaksud tambahan. Jadi mengapa kita sebenarnya digalakkan mengambil supplement atau vitamin tambahan oleh doktor? Badan manusia memerlukan nutrisi- nutrisi penting yang secukupnya seharian bagi memastikan perkembangan dan fungsi tubuh badan dan otak yang sebaiknya agar lebih sihat dan cergas.

Antara sebab mengapa perlunya vitamin tambahan adalah:
- sumber makanan sekarang bukan lagi seperti dahulu kala kerana sudah kekurangan zat dan nutrisi akibat diproses, diubah genetik dan disediakan dengan cara yang selalunya memusnahkan khasiat semulajadinya
- masalah penghadaman yang menyukarkan khasiat diserap sebaiknya ke dalam badan
- penyediaan makanan yang kurang baik memusnahkan atau mengurangkan khasiat semulajadi
- sumber makanan dicemari toksin merbahaya seperti baja, racun, pengawet dan lain-lain.
- hormon badan yang tidak seimbang sebab faktor luaran dan dalaman
- kualiti atau amalan hidup yang tidak sihat dan seimbang
- kekurangan zat nutrisi yang diperlukan badan akan berisiko tinggi untuk didatangi penyakit
 
Shaklee memberi jaminan terhadap kualiti produknya; Selamat dan semulajadi.
Shaklee satu jenama yang dipercayai dan telah berada di pasaran melebihi 50 tahun.


Untuk pembelian hubungi saya di 0122955360 atau dapatkan updates atau promosi terkini 
Shaklee di facebook page saya.



Multivitamin vitalea masih dalam promosi hingga 28/2/2014.


Selasa, 4 Februari 2014

Set Subur Shaklee untuk berjaya mengandung dapatkan zuriat

Semua pasangan suami isteri idamkan cahaya mata. Anak merupakan pelengkap kebahagiaan rumahtangga dan penyambung zuriat kita.Bahkan Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kita untuk meluaskan ummah. Pendapat saya bila kita mempunyai anak, secara automatik akan membuat kita menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan berusaha menjadi yang lebih baik. Memang ada suka duka dan rintangan jadi ibubapa ni tapi saya terima ia sebagai dugaan dari Allah kerana apabila saya bersalin anak sendiri saya rasa syukur and felt blessed with miracles by Allah. Anak adalah amanat kepada kita.

Ada pasangan setiap tahun mampu beranak..subur orang kata :) Ada juga yang mungkin belum bersedia atau belum ada rezeki walaupun telah bersedia. Bagi anda yang telah lama mencuba dan ikhtiar dengan pelbagai cara, boleh cuba cara Shaklee. Mudah dan Selamat. Bila kita cuba nak mengandung banyak preparationnya termasuk tubuh badan dan dalamannya. Kalau dalaman badan atau environmentnya sudah sedia insya Allah proses persenyawaan sperma dan ovum akan berlaku. Sebab itu penting kita bekalkan badan dengan nutrisi lengkap bagi memastikan hormon badan sedia untuk mengandung. Bukan saja wanita je tau..lelaki mesti pastikan tubuh badan juga sedia agar sperma kuat and banyak untuk memastikan persenyawaan. Pakar kesihatan wanita Dr. Hamid Arshat pon ada share nasihat tips dalam pengambilan supplement untuk mengandung.

Set Subur Shaklee ada dua set khusus untuk isteri dan suami. Set wanita terdiri daripada Vitalea, B Complex, Alfalfa dan yang penting skali GLA. Set bagi Lelaki pula terdiri daripada Vit E dan Zinc. Nak ambil supplement ni ada tips cara makan nya. Dan dengan pengambilan set supplement ini anda juga akan dapat benefits lain seperti kulit cantik dan berseri, rambut sihat dan lebat, banyak tenaga dan sebagainya.

Jika anda nak ikhtiar dengan Shaklee hubungi saya di 0122955360 untuk info lanjut. READY STOCK available. COD and
Free delivery bagi area Shah Alam, Setia Alam, TTDI Jaya, Bukit Jelutong, Glenmarie,Proton,Subang Jaya dan yang berdekatan.COD di Gombak, Melawati, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Sentul pada hari minggu saja. Tempat-tempat lain melalui pos.

Ahad, 2 Februari 2014

Shaklee VITALEA Multivitamin yang Famous

Boleh saya tahu berapa ramai ambil multivitamin? Bagi yang tak ambil lagi harap lepas baca post ni akan cuba mengambil langkah menyihatkan badan. Saya dulu pon tak ambil sebab saya ingat bila saya cukup makan dan ambil pemakanan seimbang saya dapat jaga kesihatan diri. Tapi itu saja tak cukup. Lepas buat test kadar antioksida dan vitamin dalam badan ternyata saya salah. Kadar test menunjukkan saya kurang antioksidan dan vitamin..tahap paling rendah pula tu. Lepas dah beranak 3 pula..badan lebih cepat letih..dan senang sakit seperti selsema. Kesibukan diri menyebabkan saya jarang dapat bersenam.

Tapi semenjak mengamalkan Shaklee semasa berpantang ternyata saya rasai perubahan diri saya ketika berpantang lagi. Masa berpantang banyaklah makanan minuman yang saya tak boleh ambil. Jadi  Shaklee VITALEA lah yang memastikan badan saya menerima semua nutirisi lengkap yang diperlukan badan. Basically to fill up the gaps bagi nutrisi yabg tak cukup disebabkan limitation of food intake yang saya ambil.

Dengan Vit B Complex, Vit C saya mendapat tahap kesihatan yang lebih optimum. Set ASAS SHAKLEE ini memberi saya tenaga agar cergas sentiasa, mempercepatkan proses pemulihan luka, membekalkan darah merah baru, meningkatkab tahap imuniti badan dari serangab penyakit, menguatkan tulang,gigi serta pembinaan sel.

VITALEA adalah antara Multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia! Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA. Ia merupakan tablet multivit yabg paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Mineral dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal menunjukkan pengambila Vitalea dapat mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%. Shaklee VITALEA juga telah memenangi The Best Multivitamin di Public Interest pada tahun 2000 oleh Centre of Science di USA.

Kebaikannya adalah sebagai penambah tenaga, pelengkap nutrisi, keupayaan sistem produktif, metabolisma,elemen penting pada sel tubuh, melindungi organ.Antara benefit lain adalah kecantikkan kulit, rambut,kuku dan sebagainya. Bila diambil bersama vitamin lain ia membantu badan lebih bertenaga, penurunan berat badan dan untuk manfaat lain.

Sesuai bagi semua termasuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu.Bagi yang mengalami masalah darah rendah, VITALEA adalah disyorkan. Saya juga mengesyorkan nya bagi mereka yang sibuk sehingga tidak dapat mengambil pemakanan yang seimbang dan betul. Begitu juga sekiranya ada yang cerewet atau alah pada sesetengah jenis makanan, VITALEA dapat membantu memastikan badan anda menerima nutrisi lengkap untuk kekal sihat.

Nak cuba dan sihat juga? Hubungi saya 0122955360. Bulan Februari 2014 ada promo Vitalea beli 6 free 1,Harga sebotol adalah RM88.75. Nak tau harga promo yang rendah tu hubungi saya. Masa ni lah kalau nak beli pelbagai set Shaklee yang ada Vitalea kerana anda pasti dapat berjimat banyak. Ada Set Hamil, Set Berpantang, Set Menyusu, Set Kurus, Set Subur, Set Tenaga, Set Kulit Cantik, Set Asas Kesihatan.

FREE consultation and Best Service Guaranteed :)