Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Memaparkan catatan dengan label vitamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin. Papar semua catatan

Ahad, 23 Februari 2014

Mengapa perlu ambil supplement vitamin?

Ramai akan berkata " Saya makan setiap hari dan mengambil semua jenis makanan seperti sayur buah ayam ikan susu dan lain-lain. Jadi mengapa saya harus mengambil supplement atau vitamin lagi?".

Supplement bermaksud tambahan. Jadi mengapa kita sebenarnya digalakkan mengambil supplement atau vitamin tambahan oleh doktor? Badan manusia memerlukan nutrisi- nutrisi penting yang secukupnya seharian bagi memastikan perkembangan dan fungsi tubuh badan dan otak yang sebaiknya agar lebih sihat dan cergas.

Antara sebab mengapa perlunya vitamin tambahan adalah:
- sumber makanan sekarang bukan lagi seperti dahulu kala kerana sudah kekurangan zat dan nutrisi akibat diproses, diubah genetik dan disediakan dengan cara yang selalunya memusnahkan khasiat semulajadinya
- masalah penghadaman yang menyukarkan khasiat diserap sebaiknya ke dalam badan
- penyediaan makanan yang kurang baik memusnahkan atau mengurangkan khasiat semulajadi
- sumber makanan dicemari toksin merbahaya seperti baja, racun, pengawet dan lain-lain.
- hormon badan yang tidak seimbang sebab faktor luaran dan dalaman
- kualiti atau amalan hidup yang tidak sihat dan seimbang
- kekurangan zat nutrisi yang diperlukan badan akan berisiko tinggi untuk didatangi penyakit
 
Shaklee memberi jaminan terhadap kualiti produknya; Selamat dan semulajadi.
Shaklee satu jenama yang dipercayai dan telah berada di pasaran melebihi 50 tahun.


Untuk pembelian hubungi saya di 0122955360 atau dapatkan updates atau promosi terkini 
Shaklee di facebook page saya.



Multivitamin vitalea masih dalam promosi hingga 28/2/2014.


Ahad, 3 November 2013

Vitamin lengkap untuk ibu yang berpantang dan menyusu

Dulu-dulu saya kurang mengambil vitamin kerana yakin dengan hanya mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan kesemua nutrisi penting dapat membantu mengekal kesihatan saya.Akan tetapi meningkatnya umur saya dapati tahap kecerdasan saya bukan lagi seperti muda ( muda lagi cuma bukanlah belasan muda macam dulu).Saya pernah cuba membuat test tahap nutrisi dalam badan dan alangkah terkejutnya saya setelah mendapati tahap nutrisi badan saya adalah sangat rendah! Pakar nutrisi dan farmasi yang membuat ujian tersebut menyedarkan saya bahawa makanan kita sahaja tidak cukup untuk menyediakan nutrien sepenuhnya yang diperlukan oleh badan. Antara sebabnya adalah kerana bahan-bahan mentah seperti buah dan sayuran yang ditanam kini banyak mengandungi bahan kimia dan makanan yang kita ambil kini banyak yang telah diproses di mana nutrisi semulajadinya telah banyak yang hilang.Malah vitamin di kaunter farmasi kebanyakkan kurang bermutu atau efektif kerana terlalu dikomersilkan untuk keuntungan.

Bagaimana Shaklee menjadi pilihan saya? Nama Shaklee sudah lama di pasaran dan masih menjadi pilihan pengguna kerana keberkesanannya dalam penjagaan kesihatan.Saya mula mengambil Shaklee selepas melahirkan anak ketiga saya apabila saya tidak dapat menghasilkan susu badan untuk bayi.Saya amat sedih pada masa tersebut kerana dua anak saya sebelum ini saya berjaya menyusui mereka sehingga umur 2 tahun.Sudah tentu anak yang ke tiga juga saya ingin membuat demikian.Saya diperkenalkan dengan Shaklee oleh jururawat di situ yang support dengan penyusuan ibu. Memandangkan pada masa itu saya terpaksa berpantang di hospital kerana bayi ditahan di unit rawatan bayi di dalam inkubator, saya  menghadapi masalah untuk mengepam susu untuk diberi kepada bayi saya.Bermacam cara saya ikhtiar seperti saya amalkan semasa menyusukan dua anak saya sebelum ini, namun tidaklah berjaya dan hanya sedikit susu dapat dikeluarkan untuk diberi pada bayi. Kerana pernah membaca testimoni pengguna Shaklee sebelum ini, saya mula mengambil Set Menyusu dan Berpantang Shaklee sebagai ikhtiar seterusnya.Alhamdullilah saya rasai keberkesannya.Badan saya bukan saja lebih cergas dan kuat semasa berpantang (sehingga mampu berpantang seorang selepas 3 minggu) , malah susu badan juga cukup untuk bayi. Sebulan sebelum mula bekerja, saya berjaya mengepam susu secukupnya untuk dijadikan stok untuk diberikan kepada bayi di nursery semasa saya bekerja.

Alhamdullilah saya masih mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee bagi membantu mengekalkan keseimbangan dan kesihatan badan agar dapat kekal menyusukan bayi saya.Badan juga lebih cergas dan sihat untuk membantu saya dalam menguruskan rumahtangga,suami,anak-anak dan kerja pada setiap hari.

Vitamin Shaklee sesuai untuk seisi keluarga dan kepelbagaiannya membantu meningkatkan taraf kesihatan dan nutrisi yang diperlukan.

Sekiranya anda ingin mencuba dan mendapatkan vitamin Shaklee bolehlah menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah di Malaysia terutamanya kawasan TTDI Jaya, Shah Alam dan sekitarnya seperti Bukit Jelutong dan Glenmarie dan juga Gombak dan Taman Melawati.Emel untuk maklumat lanjut dan tawaran harga yang menarik kepada hanihai@gmail.com atau SMS/Whatsapp 0122955360.

Ikuti blog sharing saya seterusnya berkenaan produk kesihatan Shaklee.