Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Rabu, 15 Oktober 2014

Atasi sakit dan punca senggugut atau period pain dengan Shaklee GLA

Adakah anda sering mengalami masalah sengugut atau period pain? Senggugut atau period pain atau menstrual pain atau nama saintifiknya dysmenorrhoea adalah kesakitan akibat kekejangan otot di bahagian perut atau di bahagian pinggang yang dihadapi oleh sesetengah wanita yang sedang dalam keadaan haid. Memang sungguh tidak selesa hinggakan menggangu kerja seharian.

Terdapat 2 kategori senggugut:

1) kesakitan yang bermula pada hari datang haid yang berpanjangan selama beberapa hari ( ada yang 3 hari). Sakit senggugut ini biasanya akan beransur hilang apabila umur meningkat atau pun selepas wanita tersebut melahirkan anak pertama

2) kesakitan yang amat sangat yang disebabkan oleh masalah organ peranakan dan kebiasaannya sakit lebih lama daripada biasa.

Simtom senggugut:

1) sakit pada bahagian perut
2) rasa pressure pada perut (adakalanya muntah)
3) sakit pada bahagian bawah belakang pinggang, dan peha

 Punca
 Senggugut disebabkan oleh kontraksi pada uterus yang merupakan suatu otot. Uterus adalah ruang dimana bayi membesar akan mengecut dan mengembang ( kontraksi) semasa kitar haid wanita.Apabila kontraksi terlalu kuat, ia akan memberi tekanan pada saluran darah dan kemudian menyekat bekalan oksigen kepada tisu otot uterus. Kesakitan akan dirasai apabila otot hilang bekalan oksigen buat seketika.

Bagi wanita yang mempunyai masalah penyakit organ peranakan, kekejangan merupakan satu masalah Antaranya adalah.:
  • Endometriosis : tisu yang melapisi uterus terdapat di luar uterus.
  • Pelvic inflammatory disease :  infeksi yang disebabkan bakteria dalam uterus
  • Stenosis of the cervix : luka pada bahagian bawah uterus
  • Tumors ("fibroids") : ketumbuhan pada dinding dalam uterus
 

 
Shaklee GLA mengandungi Gamma Linolenic Acid, sejenis asid lemak omega-6, yang mampu menangani masalah keradangan. Shaklee mengandungi GLA dari sumber Bunga Borage yang mempunyai kandungan GLA yang lebih tinggi 20-26% berbanding dengan Evening Primrose Oil atau Black Currant Oil. Apabila GLA dimakan, ianya akan ditukarkan kepada prostaglandins. Hormon prostaglandins membantu mengekalkan pelbagai fungsi badan, mengawal keradangan dan sebagainya. Prostaglandins yang dihasilkan dari GLA adalah dalam kategori anti-keradangan. Dengan menganggu penghasilan prostaglandins keradangan ketika datang bulan, GLA dalam Borage Oil mengurangkan kekejangan senggugut. Kebanyakan pesakit senggugut didapati mempunyai kadar GLA yang sangat rendah dalam sistem badan; di mana makanan tambahan mampu mengatasi masalah ini.


Ramai pengguna Shaklee GLA mendapati sakit senggugut semakin kurang dan beransur reda setelah mengamalkan pemakanan GLA dalam diet mereka.

Jika anda mahu mencuba, boleh hubungi saya untuk dapatkannya sekarang.

Asma
012-2955360

Tiada ulasan:

Catat Ulasan