Like Facebook Fanpage saya

Untuk info kesihatan dan promosi terkini Shaklee, sila Like saya di Facebook: Vitamin Sihat Semulajadi by Hani


Rabu, 3 September 2014

Shaklee Collagen Powder berkesan dan selamat untuk kulit tampil lebih muda, anjal, tegang, cantik dan sihat.

Apa itu Kolagen?


Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat.Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda. 



Sebab dan kesan kehilangan kolagen 

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti:
 • Kulit berkedut, kering dan melayut
 • Kuku rapuh dan tidak kukuh 
• Rambut halus dan gugur 


Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan! Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut. Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.

Kolagen membentuk 90% protein matriks tulang-tulang dan dua pertiga dewasa tulang rawan artikular. Oleh itu, kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang anda dan sesendi
 • Tulang-tulang lemah
 • Sendi kaku 

Kandungan Shaklee Collagen Powder


Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS(Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 


Shaklee menggunakan ikan merah sebagai formulasinya kerana ikan merah boleh menahan tekanan tinggi hingga 20 paun,bertelur dan hidup bebas di lautan dalam yang jauh dari pencemaran yang menjadikan sumber kolagen yang tahan lasak.
 


Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan,Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin Byang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

 

RSS Collagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen binatang.

  

Ekstrak biji benih Camellia japonica
Ekstrak biji benih Camellia japonica mengandungi asid Oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul,dan bahan antioksida semulajadi Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

 


Elastin dari kolagen ikan
Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

 
 Ekstrak Pfaffia
Pfaffia juga digelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

 
 Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin-vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak, dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

 

Ekstrak Kerang-kerangan
Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

 

Lactobasilus acidophilus
Lactobasilus acidophilus ialah sejenis bakteria baik. Ia membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan  pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.


Cara Makan Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Satu kotak mengandungi 15 sachet. Hanya ambil 1 sachet setiap hari untuk kesan maksimum. Secara optimum, saya sarankan ambil 1 sachet setiap hari berturut-turut selama 7 hari bagi mendapakan kesan yang cepat. Kemudian bolehlah ambil 1 sachet untuk selang 2-3 hari. Lama-kelamaan bila dah capai kesan yang diingini, boleh jauhkan jarak pengambilan sebagai maintenance saja bagi memastikan badan cukup kolagen.

Saya dah lama guna Shaklee Collagen ni. Memang berkesan sebab hanya lepas 4 sachet saya dapatkan rasakan kesannya di mana sendi lutut saya tidak lagi sakit dan kulit semakin lembut. Habis 15 sachet saya boleh rasa kulit semakin tegang dan sekata; garis-garis halus pada kulit muka berkurangan, pori muka mengecil dan tumit kaki tidak lagi merekah malah lebih lembut. Rambut dan Kuku pon kuat dan sihat. Orang pon pernah tegur yang saya nampak lebih muda dari umur sebenar :) Happynya Alhamdullilah.
 


Semua idamkan kulit kembali muda, sihat dan cantik bukan? Dapatkan Shaklee Collagen Powder sekarang.

Hubungi saya :
Asma
012-2955360

Tiada ulasan:

Catat Ulasan